Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
54) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah status perancangan Kerajaan Negeri bagi penjajaran semula program TAWAS?
Kerajaan Negeri dalam proses mengkaji kebolehlaksanaan program TAWAS ini bagi memastikan program ini dalam diteruskan dalam masa akan datang.
-
Berapakah jumlah ahli TAWAS sedia ada?
Jumlah ahli TAWAS sedia ada adalah seramai 365,920 orang.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka semula permohonan baru TAWAS pada tahun hadapan?
Masih belum ada sebarang perancangan untuk membuka semula permohonan baru TAWAS pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan sentiasa menawarkan inisiatif baharu khas untuk anak – anak di Selangor. Antara Program yang telah dan bakal dilaksanakan:-
- Program Back To School (PBMS) – setiap tahun Ahli TAWAS yang akan melangkah ke alam persekolahan (darjah 1) akan menerima kelengkapan sekolah seperti (beg sekolah & peralatan kelengkapan yang lain).
- Program iSAFE 2020 – Ahli TAWAS kelahiran 2008 yang akan memasuki sekolah menengah pada tahun 2021 akan menerima kit keselamatan iaitu ‘Safe Kit’ (pelitup muka & pembersih tangan) sebagai salah satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menjaga keselamatan Ahli TAWAS dalam menangani wabak COVID 19.