Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

167) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (IPR 3)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 3 dari 2014-2016 mengikut bangsa

    Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah mula diperkenalkan pada      Jun 2008, dan merupakan satu program kebajikan yang berkonsepkan tabungan.  Program ini disasarkan kepada bayi Selangor yang lahir bermula 1 Januari 2008 dengan perlu memenuhi salah satu daripada syarat-syarat pendaftaran TAWAS. Objektif TAWAS bertujuan untuk mengagihkan secara terus manfaat berjumlah RM1,500 (bersumberkan hasil kekayaan negeri) kepada rakyat Selangor yang berhak (iaitu apabila mencapai umur 18 tahun).

    Melalui program ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM100 kepada setiap ahli TAWAS (iaitu sebaik sahaja menjadi ahli), di mana peruntukan tersebut pada mulanya didepositkan ke akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit/FD) atas nama ahli di Ambank. Berikutan terdapat kelewatan pengeluaran FD di Ambank, operasi tersebut telah dihentikan (keputusan mesyuarat YAWAS bil.1/2013).

    Kemudian, dana tersebut mula diuruskan oleh YAWAS sejak tahun 2013        dengan cara menjana pendapatan melalui pelaburan Simpanan Tetap              (Fixed Deposit/FD). Aktiviti menjana pendapatan melalui FD tersebut bertujuan menampung pembiayaan tuntutan Skim Manfaat Khairat Kematian Ahli TAWAS bernilai RM1,500 yang telah diperkenalkan pada tahun 2014 (keputusan mesyuarat YAWAS bil.1/2014).

    Sehingga kini (13 Mac 2017) dana peruntukan RM100 yang diuruskan oleh YAWAS adalah berjumlah RM25,617,300.00. Peruntukan tersebut disalurkan Kerajaan Negeri secara berperingkat berdasarkan pertambahan bilangan ahli TAWAS sejak tahun 2008 sehingga 2016.

    Jumlah penerima (ahli TAWAS) dari tahun 2014 -2016 mengikut bangsa:

     

    TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
    2014 26,423 6,269 3,511 1,228 37,431
    2015 36,208 8,143 4,314 1,390 50,055
    2016 33,587 6,834 3,882 1,083 45,386

    Maklumat tambahan berkenaan Skim Manfaat Khairat Kematian Ahli TAWAS:

    PERKARA/TAHUN 2014 2015 2016
    (RM) BIL. (RM) BIL. (RM) BIL.
    Meninggal sebelum 1 Mac’14 (RM100) 1,900.00 19 1,100.00 11 1,400.00 14
    Meninggal pada/selepas 1 Mac’14 (RM1,500) 46,400.00 31 106,400.00 71 107,800.00 72
    48,300.00 50 107,500.00 82 109,200.00 86

    Pembayaran RM1,500 merujuk kepada kematian pada / selepas 1 Mac 2014 sahaja iaitu pada tarikh skim ini diperkenalkan. Manakala pembayaran RM100 hanya bagi kematian sebelum 1 Mac 2014 iaitu merujuk kepada nilai peruntukan yang diberi Kerajaan Negeri kepada setiap ahli TAWAS.

  2. Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2014-2016 dan sebabnya

    Jumlah permohonan yang ditolak dari tahun 2014 – 2016 dan sebabnya:

    TAHUN JUMLAH
    2014 3,674
    2015 4216
    2016 618

    Di antara sebab-sebab penolakan adalah seperti di bawah:

    Tidak menepati salah satu syarat TAWAS:

    SYARAT TAWAS KETERANGAN
    SYARAT 1 Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

    i)    Warganegara Malaysia, dan lahir di Negeri Selangor atau luar Negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008; dan

    ii)   Belum mencapai usia 3 tahun; dan

    iii)  Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor, atau Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

     

     

    SYARAT 2

    Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

     

    i)    Warganegara Malaysia; dan

    ii)   Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008; dan

    iii)  Belum mencapai usia 3 tahun; dan

    iv)  Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun; dan

    v)   Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-

    ·          Ahli Parlimen Selangor

    ·          Pusat Khidmat DUN Selangor

    ·         Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal

    ·          Penghulu/Ketua Kampung

    ·          Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok

    ·          Ketua Komuniti/Nazir Masjid

     

     

    SYARAT 3

    i)    Warganegara Malaysia; dan

    ii)   Lahir di luar Negeri Selangor (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – daerah bersebelahan sahaja); dan

    iii) Alamat tempat tinggal di Selangor adalah dalam daerah yang bersempadan dengan Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan

    iv) Negeri kelahiran anak mesti sama dengan negeri kelahiran **ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008

    v)   Belum mencapai usia 3 tahun

     

    ** Ini merujuk kepada Ibu atau Bapa adalah penduduk asal dan pemastautin tetap di negeri Selangor yang tinggal bersempadan dengan Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-

    i)             Penghulu/Ketua Kampung

    ii)            Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok

    iii)           Ketua Komuniti/Nazir Masjid

     

    Nota:

     

    Syarat 3 ini, mengambil kira tempat tinggal yang tiada kemudahan hospital berdekatan dalam Selangor dan terpaksa membuat pilihan kelahiran dilakukan di luar Negeri Selangor yang bersebelahan sahaja.

     

    Contoh kes:

     

    1)  Anak lahir di Kuala Lumpur, Ibu lahir di Kuala Lumpur, bapa lahir di Johor. Mereka menetap di Petaling Jaya.

        Status permohonan: Layak kerana tempat kelahiran anak dan ibu adalah sama dan mereka  menetap di daerah bersempadan dengan Kuala Lumpur.

    2)  Anak lahir di Kuala Lumpur, Ibu lahir di Perak, bapa lahir di Negeri Sembilan. Mereka menetap di Cheras.

    Status permohonan: Tidak Layak kerana tempat kelahiran anak TIDAK SAMA dengan tempat kelahiran ibu atau bapa walaupun mereka menetap di daerah yang bersempadan.

    3)  Anak lahir di Kuala Lumpur, Ibu lahir di Kuala Lumpur, bapa lahir di Negeri Sembilan. Mereka menetap di Klang.

        Status permohonan: Tidak Layak kerana daerah tempat tinggal pemohon bukan sempadan dengan Kuala Lumpur

     

    Tidak menghantar dokumen selepas 6 bulan:

    Walau bagaimanapun YAWAS masih lagi membuka peluang untuk ibubapa/penjaga menghantar dokumen dalam tempoh 1 tahun selepas umur anak 3 tahun.

    Makluman dan peringatan kepada ibubapa/penjaga untuk menghantar dokumen dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS), surat, emel dan diwar-warkan dalam facebook dan laman sesawang TAWAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.