Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

187) TABUNG RIZAB BAGI SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan tabung rizab untuk semua PBT mulai tahun 2004 hingga 2023.

    Jumlah rizab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor dari tahun 2004 sehingga 2022 yang terperinci mengikut PBT adalah seperti yang diedarkan untuk rujukan lanjut manakala ringkasan jumlah adalah seperti berikut.

    Namun, bagi tahun 2023, PBT sedang dalam proses penyediaan penyata kewangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Audit Negara yang mana PBT perlu mengemukakan penyata kewangan berakhir 31 Disember sebelum 30 April pada tahun berikutnya.

  2. Bagaimanakah PBT dapat menggunakan tabung rizab untuk pembangunan jika jumlahnya tinggi?

    Tabung rizab PBT yang tinggi boleh digunakan untuk projek pembangunan di kawasan PBT. Penggunaan rizab tunai ini boleh dilaksanakan berdasarkan kepada empat (4) teras iaitu Go Physical, Go Digital, People Centric dan Pembugaran Ekonomi. Projek tersebut adalah projek yang berimpak tinggi serta memfokuskan kepada keperluan rakyat seperti jalan raya, stesen pengangkutan, elemen keselamatan, fasiliti sukan, saliran air seperti kolam takungan serta kebersihan kawasan supaya tahap persekitaran setiap PBT, di kawasan bandar atau luar bandar dapat diperbaiki bagi kemaslahatan rakyat di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.