Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
373) TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK PEKERJA LADANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima bantuan daripada Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang pada tahun 2008 hingga 2014 ?
Tabung Pendidikan Anak – Anak Pekerja Ladang telah ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kewangan dalam aspek kebajikan dan pendidikan. Skim ini terbuka kepada anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Antara program – program di bawah peruntukan ini adalah seperti berikut:
i. Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah
Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi keluarga. Sehingga Oktober 2014, seramai 2,295 pelajar telah mendapat manfaat daripada skim ini.
ii. Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia
Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa. Sehingga Oktober 2014, seramai 19 pelajar telah mendapat manfaat daripada skim ini.
iii. Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)
Penyampaian wang adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak
– anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang. Sehingga Oktober 2014, seramai 3,150 pelajar telah mendapat manfaat daripada skim ini.
- Program – program Pendidikan Bagi Anak – Anak Pekerja Ladang Dilaksanakan bagi meningkatkan semangat dan motivasi anak para pekerja ladang dalam menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri serta menanam semangat untuk bangun dan terus maju kehadapan. Secara tidak langsung dapat membantu keluarga keluarga daripada belenggu kemiskinan.
Di bawah Jawatankuasa Pekerja Ladang, kami memandang serius akan pendidikan anak-anak pekerja ladang terutamanya dalam bidang pelajaran bagi membantu mereka untuk lebih maju dan bersaing dengan pelajar di luar sana. Program sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pendidikan anak pekerja ladang sepertimana yang dapat dilihat dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah bagi tahun 2013.
-
Apakah bentuk-bentuk program pembangunan pendidikan anak-anak pekerja ladang yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri?
- Melalui usahasama yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama Badan – Badan Bukan Kerajaan (NGO), mutu pendidikan anak pekerja ladang diharap dapat meningkat dari masa ke semasa dengan program-program yang telah dilaksanakan. Antara program bersama NGO yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Motivasi UPSR, program seminar kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah serta program kem motivasi. Antara NGO-NGO yang pernah terlibat di dalam penganjuran program seperti berikut :
- Pertubuhan Suara Makkal Suara Kita Malaysia
- Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan & Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Persatuan Pendidikan Wawasan Selangor
- Persatuan Penganut Samarasa Suttha Sanmargam
- Persatuan Pendidikan Warisan Selangor
- Persatuan Kebajikan Penduduk Tamil Kawasan Bukit Rajah
- Persatuan Pendidikan Wariasi UIQ Selangor
- Persatuan Kebajikan Mahavatar Babaji Selangor
B JENIS BANTUAN JUMLAH BANTUAN MENGIKUT TAHUN JUMLAH 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 1 Bantuan Yuran Pengajian – – – – – 16 pelajar 3 pelajar 19 pelajar 2 Bantuan Infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – – – – – 7 sekolah – 7 sekolah 3 Hadiah Kecemerlanga n UPSR – 800 pelajar 400 pelajar 500 pelajar 346 pelajar – 1104 pelajar
3,150 pelajar 4 Subsidi Tambang Bas Sekolah – – 315 pelajar 254 pelajar 579 pelajar 564 pelajar 583 pelajar 2,295 pelajar PERBELANJAAN (RM) Tiada Maklumat Tiada Maklumat 413,498.00 928,121.00 931,325.00 488,755.00 374,850.00 RM3,136.549. 00