Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
178) TABUNG PENDIDIKAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di ÔMerakyatkan Ekonomi SelangorÕ, ada dilancarkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang. Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk tabung ini dan bagaimanakah status penggunaannya?
- Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi tabung ini. Berikut adalah status penggunaan tabung ini bagi tahun 2008 dan 2009:
PENGGUNAAN TAHUN 2008
BIL PERKARA JUMLAH 1. Tajaan pelajar ke kolej INPENS 102 pelajar x RM 5850 =RM 596,700
RM 596,700.00 2. Program Kecemerlangan UPSR anak pekerja ladang 500 pelajar x RM 100 RM 50,000.00 JUMLAH RM 646,700.00 PENGGUNAAN TAHUN 2009
BIL PERKARA JUMLAH 1. Program peningkatan pendidikan anak pekerja ladang oleh CHILD organization RM 688,501.00 2. Bantuan yuran pengajian a. Mageswary a/p Rajan – RM 5,000
b. Sivanesan a/l Shanmugam –
RM 2,400
c. Rajakogulan a/l Rajakopal – RM 2,154.00
RM 9,554.00
3. Tajaan Pelajar Ke Kolej INPENS RM 5850 x 52 Pelajar RM 304,200.00 4. Bantuan kewangan bagi sekolah-sekolah ladang kepada 9 buah sekolah ( program tuisyen UPSR)
RM 73,084.60 5. Program Subsidi Tambang Bas Sekolah 172 pelajar x RM 50 x 5 bulan RM 43,000.00 6. Program kecemerlangan UPSR RM 125 x 1000 pelajar
RM 125,000.00 JUMLAH RM 1,243,339.60 -
Apakah kesan segera dan jangka panjang hasil manfaat daripada tabung ini?
- Tujuan tabung ini ditubuhkan adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada anak- anak pekerja ladang yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Antarabangsa Inpens. Selain itu, tabung ini juga digunakan untuk membantu sekolah-sekolah di ladang dari aspek menaik taraf kemudahan sekolah serta memberi sumbangan mengadakan program- program
Kerajaan Negeri berpendapat bawah salah satu cara untuk meningkatkan taraf hidup keluarga pekerja ladang adalah melalui pendidikan yang sempurna. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri telah menaja anak-anak pekerja ladang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau dalam bidang kemahiran yang bersesuaian.
Dengan pendekatan ini, Kerajaan Negeri yakin anak-anak pekerja ladang yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran dapat memperolehi peluang pekerjaan yang lebih baik supaya dapat membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.