Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

221) TABUNG PEMBERHENTIAN PEKERJA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu skim insurans pekerjaan atau satu tabung pemberhentian pekerja di Negeri Selangor untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba akibat syarikat bankrap, pemecatan pekerja atau syarikat berpindah?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan skim insurans pekerjaan atau tabung pemberhentian pekerja di Negeri Selangor.

  2. Apakah dasar dan perancangan Kerajaan Negeri membantu pekerja-pekerja dapat mencari pekerjaan baru jika berlaku perkara di atas?

    Walaupun Kerajaan Negeri Selangor masih belum mempunyai dasar dan perancangan yang spesifik untuk pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan seperti mewujudkan satu skim insuran pekerjaan atau tabung pemberhentian pekerja, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai usaha dan inisiatif lain dalam memberikan bantuan kepada pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan seperti berikut :

    • Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair) adalah kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia iaitu sebuah program yang memberi peluang kepada rakyat Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program yang dilaksanakan pada 11 Mac 2017 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 559 orang dengan tawaran kekosongan jawatan sebanyak 1,382.
    • Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan dalam bidang Penternakan, Bakeri, Percetakan Segera, Jahitan Pakaian, Penjagaan Awal Kanak-Kanak, Makanan Ringan (cendol dan laksa). Penyelenggaraan Penyaman Udara, Mutawwif, Rawatan Wanita Selepas Bersalin dan Jurubekam Klinikal Bertauliah. Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal.

Lampiran

Tiada Lampiran.