Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
123) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini tabung pemberdayaan wanita?
Sebagai makluman, tiada sebarang Tabung Pemberdayaan Wanita disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan pembangunan secara tahunan berjumlah RM3,000,000.00 di bawah vot P01-06001 Program Pemberdayaan Wanita dan Keluarga bagi melaksanakan program-program yang memberi manfaat dan penglibatan semua lapisan golongan wanita melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor. Berikut adalah senarai program-program yang dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan yang diberi :-
- Program-program Pusat Wanita Berdaya;
- Program Pembangunan Wanita;
- Program-program Pemberdayaan Ekonomi Wanita;
- Program-program Kempen Kesedaran dan Advokasi;
- Program-program Usahasama; dan
- Program-program Sambutan.
-
Senaraikan program yang dilaksanakan melalui tabung ini mengikut DUN
Sama seperti di SUB(a)