Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
286) TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA SELANGOR (TKWBS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pengoperasian tabung ini dan pihak yang menguruskannya?
Penubuhan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ini adalah berdasarkan Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 1949 dengan pindaan terakhir pada tahun 2001. TKWBNS menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor setiap tahun dan program utama di bawah tabung ini adalah Program Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor. Segala urusan berkaitan tabung ini diuruskan sepenuhnya oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
-
Nyatakan statistik mereka yang menerima biasiswa dan pinjaman berdasarkan kaum?
Statistik pemberian biasiswa dan pinjaman berdasarkan kaum adalah seperti berikut:
Pinjaman Pelajaran Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Tahun Melayu Cina India Lain-Lain Jumlah 2011 813 11 25 3 852 2012 1378 17 56 7 1458 2013 1014 1 27 7 1049 Jumlah Keseluruhan 3359 Program Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor menyediakan kemudahan Pinjaman Boleh Ubah kepada setiap peminjam. Pinjaman Boleh Ubah merupakan suatu kelonggaran bagi pembayaran balik pinjaman pelajaran yang diberikan kepada peminjam berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh LTKWBNS. Kemudahan ini ditawarkan kepada peminjam yang menamatkan pengajian dengan memperoleh pencapaian cemerlang berdasarkan Purata Nilai Gred (PNGK/CGPA) keseluruhan.
Penerima Pinjaman Boleh Ubah (100% Biasiswa) Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Tahun Melayu Cina India Lain-Lain Jumlah 2011 8 0 0 0 8 2012 12 4 2 0 18 2013 16 4 0 0 20 Jumlah Keseluruhan 46 -
Bagaimanakah prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakkan:
Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor;
- Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
Prosedur Permohonan
- Permohonan boleh dibuat bermula dari tarikh makluman iklan tawaran dibuka yang disiarkan melalui akhbar-akhbar utama tempatan atau melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor http://www.selangor.gov.my, setiap dua (2) kali setahun.
- Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran http://tkwbns.selangor.gov.my.
- Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
- Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak (print) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan diruangan yang telah disediakan.
- Pemohon dikehendaki menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan dengan menandakan (√) pada kotak yang berkaitan.
- Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A / Pengurusan & Profesional) / Pengetua / Guru Besar dan ADUN sahaja, manakala Surat Pengesahan Mastautin (jika pemohon/ ibu/ bapa lahir di luar Negeri Selangor) dan Surat Pengesahan Pendapatan (jika ibu bapa tidak bekerja/ pesara/ bekerja sendiri) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung sahaja.
- Borang Permohonan yang telah dicetak (print) berserta semua salinan dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbiran ini.
- Borang Permohonan yang gagal diisi dengan lengkap atau tidak disertakan dengan salinan dokumen yang diperlukan tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor ataupun laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor selepas 2 minggu dari tarikh tutup permohonan.
10.Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa Pemohon;
- Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi
JKKK/ Ketua Kampung (bagi pemohon/ ibu bapa yang bukan lahir di
Negeri Selangor sahaja)
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (testimonial) (bagi pemohon kemasukan baru melalui SPM/ SPMV/ STAM/ STPM sahaja);
- Salinan Keputusan Peperiksaan SPM/ SPMV/ STAM/ STPM;
- Salinan Keputusan Diploma/ Matrikulasi/ Asasi (jika berkaitan);
- Salinan Keputusan Peperiksaan bagi setiap TahunAkademik/ Semester Pengajian (bagi pemohon selain daripada kemasukan baru/
Tahun Pertama sahaja);
- Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu Bapa/
Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
- Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S 40503 Shah Alam.