Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
173) TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA (IPR 17)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima tabung kumpulan wang biasiswa dari 2014-2016 mengikut bangsa
Urus setia tidak mempunyai statistik penerima mengikut bangsa bagi tahun 2015 dan sebelumnya. ‘Features’ bagi sistem lama adalah sangat terhad dan tidak dapat menjana statistik sebegitu. Urus Setia telah menggunakan sistem baru bermula Februari 2016 dan statistik penerima di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor mengikut bangsa bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:
Program Melayu Cina India Lain-lain Pinjaman Pelajaran 1,408 49 130 30 Biasiswa Selangorku 106 – 4 – -
Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2014-2016 dan sebabnya
Sebanyak 5,058 permohonan telah ditolak bagi tahun 2014 – 2016. Permohonan seseorang pelajar ditolak disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Tidak memenuhi syarat kelayakan am
- bukan Anak Selangor atau tidak bermastautin di Selangor.
- mode pengajian separuh masa
- telah menerima tajaan lain contohnya PTPTN
- pelajar tahun akhir
Tidak memenuhi syarat kelayakan akademik:
- pengajian peringkat asasi / matrikulasi / sarjana
- tidak mencapai gred atau CGPA minimum yang telah ditetapkan.
- Pelajar memenuhi semua syarat tetapi tidak mencapai markah minimum bagi merit keseluruhan yang telah ditetapkan oleh Lembaga.