Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
106) TABUNG INFRA SOSIAL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan projek dan program yang telah menggunakan tabung infra sosial di daerah Kuala Langat sejak tahun 2008 hingga kini?
Jawatankuasa Akaun Amanah Infrastruktur Sosial menerima permohonan peruntukan projek dan program bagi tujuan penyaluran peruntukan bagi daerah Kuala Langat melalui Akaun Amanah Infrastruktur Sosial mulai tahun 2013. Jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun mulai tahun 2008 hingga kini berjumlah RM1,778,632.00 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Tujuh Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Enam Ratus Tiga Puluh Dua Sahaja) Senarai projek dan program peruntukan yang telah diluluskan bagi daerah Kuala Langat seperti JADUAL 1 :
JADUAL 1
Bil
Pihak Berkuasa Tempatan / Agensi Perkara
Tahun
Jumlah (RM)
1
Majlis Daerah Kuala Langat
Cadangan Membaikpulih Bangunan Astaka Beserta Infrastruktur Berkaitan Di Stadium Jugra, Telok Datok, Banting Kuala Langat 2013
1,459,222.00
2
Majlis Daerah Kuala Langat
Cadangan Menaiktaraf Kemudahan Di Pasar Awam Telok Panglima Garang Kuala Langat
2013
228,031.50
3
Majlis Daerah Kuala Langat
Cadangan Menaiktaraf Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Dewan Orang Ramai Sungai Jarom, Jenjarum Kuala Langat
2013
91,378.50
JUMLAH 1,778,632.00 -
Pecahan penggunaan tabung infra sosial sejak tahun 2008 hingga kini setiap PBT?
Penggunaan Akaun Infrastruktur Sosial adalah berdasarkan permohonan yang diterima oleh pihak Unit Perancang Ekonomi selaku urus setia Jawatankuasa Akaun melalui PBT yang berkaitan. Permohonan penggunaan akaun hanya mulai tahun 2012. Sehingga kini, penggunaan wang caruman infrastruktur sosial berjumlah RM13,492,710.55 (Ringgit Malaysia : Tiga Belas Juta Empat Ratus Sembilan Puluh Dua Ribu Tujuh Ratus Sepuluh Sahaja) Pecahan penggunaan caruman mengikut PBT adalah berjumlah RM 6,340,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Juta Tiga Ratus Empat Puluh Ribu Sahaja) sejak tahun 2008 hingga kini seperti Jadual 2;
JADUAL 2
Bil PBT Jumlah (RM) Petaling 1. Majlis Perbandaran Subang Jaya 1,000,000.00 2 Majlis Bandaraya Shah Alam 400,000.00 JUMLAH 1,400,000.00 Gombak 1 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 600,000.00 JUMLAH 600,000.00 Hulu Langat 1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1,000,000.00 JUMLAH 1,000,000.00 Kuala Langat 1 Majlis Daerah Kuala Langat 410,000.00 JUMLAH 410,000.00 Klang 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 600,000.00 2. Majlis Perbandaran Klang 2,000,000.00 JUMLAH 2,600,000.00 Kuala Selangor 1. Majlis Daerah Kuala Selangor 330,000.00 JUMLAH 330,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 6,340,000.00 -
Adakah jumlahnya akan bertambah pada tahun 2015?
Caruman Infrastruktur Sosial dikenakan terhadap pembangunan kawasan berkeluasan 10 ekar dan ke bawah bagi menampung kos penyediaan infrastruktur sosial yang diperlukan ke dalam Tabung Amanah Infrastruktur Sosial.
Pada ketika ini, jumlah caruman Akaun Amanah Infrastruktur Sosial sehingga 31 Oktober 2014 adalah berjumlah RM8,740,056.56 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Ribu Lima Puluh Enam Dan Sen Lima Puluh Enam Sahaja) dengan perincian kutipan mengikut daerah seperti berikut:
Bil Daerah Jumlah Kutipan (RM) 1 Petaling 2,522,746.97 2 Gombak 1,049,001.84 3 Klang 2,656,134.50 4 Kuala Langat 412,412.00 5 Hulu Langat 164,525.00 6 Sepang 196,608.00 7 Kuala Selangor 330,540.00 8 Hulu Selangor 1,092,073.25 9 Sabak Bernam 316,015.00 JUMLAH 8,740,056.56 Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bilangan 4/2007 – Pengenaan Caruman Infrastruktur Sosial Bagi Pembangunan Melebihi 1 hingga 10 Ekar Dalam Negeri Selangor telah mensyaratkan supaya caruman pembangunan seperti JADUAL 1 berikut:
( ruangan ini sengaja dikosongkan )
JADUAL 1
Bil
Luas Tapak Cadangan
Pengenaan Caruman Dan Peruntukan Kawasan Lapang 1
Lebih dari 1 ekar dan kurang dari 5 ekar
Diwajibkan caruman tetapi dikecualikan daripada penyediaan kawasan lapang 2
5 hingga 10 ekar
Pemaju diberi pilihan samada menyerahkan 10% dari kawasan untuk dijadikan kawasan lapang ATAU membayar caruman 3
Lebih dari 10 ekar
Tidak dikenakan caruman tetapi diwajibkan menyediakan kawasan lapang Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.1/2010 yang bersidang pada 2 Februari 2010 TELAH MEMBATALKAN pengenaan bayaran caruman infrastruktur sosial bagi pembangunan melebihi satu (1) hingga kurang lima (5) ekar dalam Negeri Selangor.
Sehubungan itu, kutipan caruman tertakluk kepada pembangunan sepertimana
JADUAL 1 Bil 2 dan 3.
Dalam hal ini, caruman tersebut kemungkinan akan bertambah bagi tahun 2015. Walau bagaimanapun, pemaju diberi pilihan samada menyerahkan 10% kawasan pembangunan untuk kawasan lapang atau bayaran caruman seperti Jadual 1 – Bil 2.