Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

175) TABUNG COVID-19 SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dana terkumpul yang diperolehi Kerajaan melalui Tabung Covid-19 Selangor?

    Tabung Khas Bantuan COVID-19 diwujudkan untuk membantu rakyat dan pemastautin di Negeri Selangor yang telah menerima kesan pandemik COVID-19. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk merangsang sokongan dan kerjasama orang awam serta sektor swasta khususnya di Negeri Selangor untuk bersama-sama Kerajaan Negeri membendung wabak tersebut. Sehingga 7 Julai 2020, dana terkumpul yang diperolehi Kerajaan melalui Tabung Khas Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak RM8,845,942.70 termasuk melalui pembiayaan program-program CSR yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

  2. Apakah bentuk perbelanjaan dan/atau bantuan yang disalurkan melalui dana terkumpul tersebut?

    Selari dengan tujuan Tabung Khas Bantuan COVID-19, wang sejumlah RM6,348,725.70 daripada tabung ini telah digunakan bagi membiayai pelbagai insentif dan bantuan seperti yang telah diumumkan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1 dan 2 kepada agensi terlibat. Antara insentif dan bantuan yang telah disalurkan adalah seperti berikut:

    1. Insentif RM200.00 (one-off) untuk petugas barisan hadapan di hospital Negeri Selangor;
    2. Menghargai petugas barisan hadapan yang merangkumi bantuan makanan dan keperluan task force COVID-19 Selangor;
    3. Makanan percuma mahasiswa/ mahasiswi di UNISEL, KUIS dan INPENS;
    4. Membangunkan platform e-learning untuk pembelajaran secara online;
    5. Insentif Digitalisasi bagi Program Inisiatif e-Kitchen Selangor;
    6. Sumbangan Kepada Golongan Asnaf Yang Terkesan Akibat Covid-19;
    7. Sumbangan Dana Tabung Khas Covid-19 kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS);
    8. Bantuan Kos Pengurusan Dan Penyelenggaraan Bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dan Council Homes, Bandar Baru Bangi Di Bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin;
    9. Inisiatif Digital Selangor Grab bersama servis-servis lain yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.