Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

22) TABUNG BENCANA ALAM SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan yang telah digunakan untuk bencana alam mengikut DUN sejak 2013 sehingga 2018.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor secara rasminya pada bulan Julai 2014 bagi menggantikan fungsi dan tugas Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor yang diletakkan secara terus di bawah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Justeru itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor mencerap data secara menyeluruh bagi sembilan (9) daerah mulai tahun 2015 sehingga kini. Perincian penggunaan peruntukan yang telah digunakan untuk bencana alam mengikut daerah bagi tahun 2015 sehingga 2018 adalah seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Nyatakan berapa tunggakan pemohonan bayaran yang belum dibayar mengikut DUN?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Akaun Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM50,000.00 kepada sembilan (9) Tabung Bencana Daerah yang diurussetiakan oleh sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pembayaran sumbangan wang ihsan secara terus kepada mangsa bencana yang terkesan mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 (Trustdeed). Lanjutan daripada itu, Pejabat Daerah dan Tanah akan membuat tuntutaan rekupmen kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor untuk menyalurkan semula peruntukan yang telah digunakan melalui Akaun Amanah Tabung Bencana Khas Negeri

    Sekiranya berlaku kejadian bencana berskala besar yang melibatkan mangsa yang ramai dan memerlukan peruntukan melebihi RM50,000.00, pihak Pejabat Daerah dan Tanah dibenarkan untuk memanjangkan permohonan peruntukan khas kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor untuk diangkat kelulusan penyaluran kepada Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor. Secara keseluruhannya, sehingga 31 Julai 2019 kesemua tuntutan rekupmen daripada Pejabat Daerah dan Tanah yang    melibatkan    sumbangan    ihsan    kepada    mangsa     bencana    telah diselesaikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.