Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
99) TABUNG BENCANA ALAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan untuk menangani masalah tersebut mengikut susunan daerah masing Ðmasing untuk tahun 2008 hingga tahun 2010
Kerajaan Negeri telah mengeluarkan perbelanjaan daripada Tabung Amanah Kumpulan wang Tabung Bencana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,026,550.00, tahun 2009 sebanyak RM1,187,063.60 dan tahun 2010 sehingga 23 Oktober sebanyak RM206,100.00. Jumlah keseluruhan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 sehingga 23 Oktober adalah sebanyak RM2,419,713.60. Perincian perbelanjaan yang dibayar oleh Kerajaan Selangor mengikut pecahan daerah adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1 : Perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam menangani bencana alam bagi tahun 2008, 2009 dan sehingga 23 Oktober 2010 mengikut pecahan daerah.
BIL DAERAH 2008 2009 SEHINGGA 23/10/2010
JUMLAH (RM) (RM) (RM) (RM) 1 GOMBAK 48,750.00 16,710.00 – 65,460.00 2 HULU LANGAT 89,800.00 318,127.00 63,750.00 471,677.00 3 KLANG 786,200.00 30,123.60 20,300.00 836,623.60 4 PETALING 24,750.00 318,127.00 58,660.00 401,537.00 5 SEPANG 12,500.00 37,175.00 9,100.00 58,775.00 6 SABAK BERNAM 8,850.00 78,978.00 9,090.00 96,918.00 7 HULU SELANGOR
21,200.00 93,114.50 700.00 115,014.50 8 KUALA SELANGOR
22,500.00 62,250.00 13,700.00 98,450.00 9 KUALA LANGAT 12,000.00 232,458.50 30,800.00 275,258.50 JUMLAH 1,026,550.00 1,187,063.60 206,100.00 2,419,713.60 Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan perbelanjaan khas kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam tahun 2009 sebanyak RM2,650,101.70 dan tahun 2010 sehingga 23 Oktober ialah sebanyak RM294,000.00. Jumlah perbelanjaan peruntukan khas kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya ialah sebanyak RM2,944,101.70. Perincian perbelanjaan khas yang dibayar oleh Kerajaan Selangor adalah seperti Jadual 2.
Jadual 2 : Perbelanjaan Khas Kerajaan Negeri yang dikeluarkan melalui peruntukan Akaun Amanah Kumpulan wang Tabung Bencana kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk tahun 2009 dan 2010 sehingga 23 Oktober 2010.
BIL AGENSI PENERIMA TUJUAN 2009 AMAUN (RM)
2010 AMAUN (RM)
1 MPAJ i. Membaiki cerun batu di Mutiara Damansara. 1,000,000.00 ii. Kerja infrastruktur tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. 1,163,988.70 iii. Bantuan khas mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. 486,113.00 iv. Bantuan khas mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. 294,000.00 JUMLAH
2,650,101.70
294,000.00
-
Sila nyatakan jumlah mangsa yang menerima bantuan Tabung Bencana Alam bagi tahun 2008 hingga dewasa ini mengikut pecahan daerah masing-masing
Jumlah mangsa yang menerima bantuan Tabung Bencana Alam bagi tahun 2008 ialah seramai 3,750 orang, tahun 2009 seramai 4,138 orang dan tahun 2010 sehingga 23 Oktober seramai 889 Jumlah mangsa yang telah menerima bantuan Tabung Bencana Alam daripada tahun 2008 hingga 23 Oktober 2010 ialah seramai 8,777 orang mengikut pecahan daerah masing-masing adalah seperti Jadual 3 :
Jadual 3 : Jumlah mangsa yang menerima bantuan Tabung Bencana Alam daripada tahun 2008, tahun 2009 dan hingga 23 Oktober 2010 mengikut pecahan daerah.
BIL DAERAH 2008 2009 SEHINGGA
23/10/2010
JUMLAH 1 GOMBAK 178 35 – 213 2 HULU LANGAT 428 1,210 240 1,878 3 KLANG 2,629 110 149 2,888 4 PETALING 118 158 351 627 5 SEPANG 102 120 27 249 6 SABAK BERNAM 31 388 24 443 7 HULU SELANGOR 134 194 2 330 8 KUALA SELANGOR 79 255 61 395 9 KUALA LANGAT 51 1,668 35 1,754 JUMLAH 3,750 4,138 889 8,777 -
Sila nyatakan adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan tambahan untuk Tabung Bencana Alam terse but memandangkan permintaan bantuan kian hari kian meningkat
Baki Akaun Amanah Kumpulan Wang Tabung Bencana Khas seperti pada 23 Oktober 2010 ialah sebanyak RM5,840,848.91. Sebagai wang apungan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM40,000.00 kepada setiap daerah untuk perbelanjaan segera sekiranya berlaku bencana. Perbelanjaan yang telah dilakukan daripada wang apungan tersebut akan dibayar balik (reimburse) oleh Kerajaan Negeri melalui rekupmen yang dikemukakan kepada Pejabat Y.B. Pegawai Kewangan Negeri. Mengambil kira justifikasi tatacara rekomen dan keperluan sedia ada, maka adalah dicadangkan had wang apungan sedia ada tidak perlu ditambah.
Walaubagaimanapun, permohonan boleh dikemukakan oleh pejabat-pejabat daerah atau agensi Kerajaan Negeri lain untuk memohon kelulusan peruntukan khas mengikut kes dan keperluan. Permohonan tersebut perlu diperakui oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Bencana Daerah atau Ketua Jabatan agensi berkaitan dan pertimbangan permohonan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pengurusan Kumpulan Wang Tabung Bencana Khas yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri.