Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

26) TABUNG BENCANA ALAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pemohonan dengan tarikh yang belum diluluskan oleh Kerajaan sejak tahun 2018.

    Semua permohonan rekupmen dan peruntukan khas bagi sumbangan wang ihsan kepada mangsa bencana di peringkat Negeri Selangor telah diselesaikan dalam tahun semasa. Walau bagaimanapun, di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah proses bancian dan pengumpulan dokumen lengkap daripada mangsa bencana dibuat secara kolektif sepanjang tahun.

  2. Apakah dan berapa lama proses Kerajaan untuk meluluskan Tabung Bencana Alam kepada mangsa?

    1. Kerajaan Negeri Selangor akan memproses penyaluran wang ihsan kepada mangsa dengan kaedah seperti berikut:

     

    1. Kategori kejadian bencana berskala kecil:

     

    Pejabat Daerah dan Tanah akan memproses tuntutan wang ihsan daripada pihak mangsa dalam tempoh masa tujuh (7) hari sekiranya penyaluran adalah tidak melebihi jumlah RM50,000.00 dan dokumen lengkap mangsa seperti salinan kad pengenalan ketua keluarga, laporan dan bukti bergambar kejadian bencana yang dialami serta laporan polis.

     

    Kategori kejadian bencana berskala besar:

    Kejadian bencana yang berskala besar adalah melibatkan jumlah amaun sumbangan yang melebihi RM50,000.00 dan bilangan mangsa yang ramai akan diproses dalam tempoh masa satu (1) bulan daripada tempoh permohonan. Proses bancian mangsa yang terkesan akan dilaksanakan terlebih dahulu dan pengumpulan dokumen lengkap serta semakan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah. Walau bagaimanapun, penyaluran sumbangan kepada mangsa akan disalurkan dengan kadar segera.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.