Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

101) TABUNG BANTUAN BENCANA DAERAH KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah jawatankuasa dibentuk dan bidang kuasanya? Senaraikan

    MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) melalui ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) – DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA

    PERKARA 7 : JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA

    Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan (3) peringkat pengurusan seperti berikut:

    1. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)
    2. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan
    • Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)

    JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH (JPBD)

    • KEAHLIAN

    Pengerusi        : Pegawai Daerah/

    Ahli-ahli            :

    1. Ketua Polis Daerah
    2. Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah
    3. Pegawai Kesihatan Daerah
    4. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
    5. Pegawai Jabatan Alam Sekitar Daerah
    6. Wakil Angkatan Tentera Malaysia
    7. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah / Wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
    8. Yang Dipertua Majlis Perbandaran / Daerah
    9. Pegawai Pertahanan Awam Daerah
    10. Wakil Jabatan Meteorologi Malaysia
    11. Pegawai Penerangan Daerah
    12. Pegawai Pelajaran Daerah
    13. Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya
    14. Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran
    15. Pegawai RELA Daerah
    16. Wakil Jabatan Mineral dan Geosains Negeri
    17. Pengurus Telekom Malaysia Daerah
    18. Pengurus Tenaga Nasional Berhad Daerah / Wakil Pengurus Syarikat Bekalan Elektrik Negeri
    19. Wakil Pengarah / Pengurus Jabatan / Syarikat Bekalan Air Negeri
    20. Wakil Pengurus Jabatan Penerbangan Awam Negeri / Daerah
    21. Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri / Pejabat Tourism Malaysia Negeri
    22. Penghulu / Penggawa Mukim

    Turut Hadir :     Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

    Setiausaha :    Setiausaha Keselamatan Daerah,

    Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah

    Mulai tahun 2014, Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah ditubuhkan bagi membantu menyelaras pengurusan bencana di Negeri Selangor.

    • BIDANG TUGAS
    1. Melaksanakan dasar, strategi, arahan, pelan tindakan dan hala tuju dalam mengendalikan sesuatu Bencana di Peringkat Daerah.
    2. Mengarusperdanakan langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana melalui semua Agensi Kerajaan di Peringkat Daerah secara berkesan.
    3. Melaksanakan dan memantapkan penyampaian Sistem Amaran Awal Bencana secara berkesan kepada Agensi Kerajaan dan orang awam.
    4. Melaksanakan latihan pengurusan Bencana yang bersepadu di antara Agensi Kerajaan dari semasa ke semasa bagi memenuhi tahap kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi sesuatu Bencana.
    5. Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan Kesedaran Awam di Peringkat Daerah dalam usaha menjadikan masyarakat lebih berdaya tahan dalam menghadapi Bencana.
    6. Menubuhkan Kumpulan Kerja yang bertanggungjawab kepada JPBD bagi melicinkan pengurusan Bencana di tempat kejadian. Kumpulan Kerja terlibat adalah seperti berikut:
    • Kumpulan Kerja Kawalan Keselamatan diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM);
    • Kumpulan Kerja Mencari dan Menyelamat diterajui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
    • Kumpulan Kerja Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
    • Kumpulan Kerja Kebajikan diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
    • Kumpulan Kerja Sokongan Logistik diterajui oleh Jabatan Kerja Raya (JKR);
    • Kumpulan Kerja Pengurusan Media diterajui oleh Jabatan Penerangan; dan
    • Kumpulan Kerja Teknikal dan Pakar diterajui oleh agensi pakar bagi sesuatu bencana yang berlaku.
    • Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian bagi tujuan taksiran kerugian dan Pemulihan yang diakibatkan oleh Bencana.
    • Mengangkat cadangan bantuan ihsan atau bantuan Pemulihan, sekiranya perlu kepada Kerajaan Negeri.
    • Menentukan operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara lancar dan berkesan.
    • Mengenalpasti dan menubuhkan pusat-pusat pemindahan dan pangkalan hadapan.
    • Memantapkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Taman dalam melaksanakan penyelarasan dan Tindak Balas awal terhadap kejadian Bencana.
    • Merancang dan melaksanakan program Pencegahan, Kesiapsiagaan, Tindak Balas dan Pemulihan di Peringkat Daerah.
    • Mewujudkan dan mengemaskini profil kawasan berisiko Bencana di Peringkat Daerah tujuan perancangan pembangunan dan Tindak Balas Bencana.
    • Mewujudkan pangkalan data mengenai peralatan, kelengkapan dan senarai kepakaran di Peringkat Daerah yang diperlukan dalam pengurusan Bencana.
    • Menubuhkan PKOB dengan secepat mungkin selepas sesuatu kejadian Bencana dan mengaktifkannya termasuklah mewujudkan sistem perhubungan dengan PKTK.
    • Menyelaras keperluan pengurusan dan bantuan Bencana seperti menentukan bantuan logistik dan mengambil alih (requisition) peralatan/jentera yang diperlukan secara sementara kepunyaan Agensi Kerajaan, badan berkanun,pihak swasta dan badan-badan sukarela serta orang perseorangan semasa operasi Tindak Balas Bencana.
    • Menentukan bantuan yang komprehensif seperti kebajikan, makanan, tempat tinggal, kesihatan, perlindungan dan keselamatan kepada mangsa dan anggota penyelamat.
    • Memastikan post-mortem dilakukan selepas sesuatu Bencana bagi tujuan memperakukan penambahbaikan terhadap sistem pengurusan Bencana yang dilaksanakan.
      • Menyediakan laporan mengenai pengendalian dan pengurusan Bencana yang berlaku meliputi aspek operasi mencari dan menyelamat serta bantuan kecemasan dan Pemulihan yang diberikan kepada mangsa-mangsa.
  2. Berapakah peruntukan diperolehi setahun dan bencana bagaimana disalurkan?

    Akaun Tabung Bencana Daerah hendaklah dibuka atas nama Jawatan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah dengan had siling sebanyak RM50,000.00.

    Dalam menguruskan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana, kadar bantuan adalah seperti berikut:

    Bil Perkara Kadar Maksimum (RM)
    1. Mangsa banjir , tanah runtuh dan ribut 500.00
    2. Mangsa Kebakaran

    a)    Musnah Keseluruhan

    b)    Musnah Sebahagian

     

    500.00

    250.00

    3. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia  

    1,000.00

    Wang dalam akaun ini hendaklah digunakan bagi tujuan berikut:

    1. Membantu kerja-kerja menyelamat dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
    2. Membiayai bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana, waris-waris mangsa dan mereka-mereka yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan bencana berkenaan.
    3. Membiayai penyediaan makanan dan minuman kepada mangsa-mangsa bencana kecuali mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan.
    4. Membiayai penyediaan makanan dan minuman petugas yang terlibat sepanjang bencana tersebut.
    5. Lain-lain perbelanjaan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) dengan kelulusan Jawatankuasa Akaun.
  3. Apakah perancangan memastikan tabungan sentiasa sedia untuk sebarang kemungkinan?

    Pegawai Daerah boleh membuat rekupan Tabung Bencana Daerah tertakluk kepada had siling / amaun pusingan Tabung Bencana Daerah sebanyak RM50,000.00 dari Tabung Bencana Khas Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.