Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

34) TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah bayi sasaran dan juga jumlah bayi yang berjaya didaftarkan di bawah Tabung Anak Warisan Selangor daripada tahun 2008-2010 ?

    Untuk makluman pihak Y.B., sehingga kini YAWAS tidak mempunyai sebarang
    jumlah bayi sasaran. Ini kerana jumlah statistik kelahiran yang dikeluarkan oleh
    Jabatan Perangkaan Negeri Selangor adalah menyeluruh di mana ia turut
    merangkumi kelahiran yang tidak menepati syarat TAWAS iaitu anak bukan
    warganegara dan juga anak yang lahir di Selangor tetapi ibu bapa bukan kelahiran
    Selangor yang menetap kurang daripada 5 tahun di Selangor.
    Untuk makluman, sehingga 6 Julai 2010 jumlah bayi yang telah berjaya didaftarkan
    adalah sebanyak 26,137 orang.

  2. Senaraikan jumlah peruntukan kerajaan negeri yang digunakan untuk skim TAWAS daripada tahun 2008-2010.

    Untuk makluman Y.B. kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM
    8,500,000 untuk Skim TAWAS bermula dari 2008 hingga kini. Sebanyak RM
    1,342,400 telah dibayar dan dimasukkan ke akaun ahli di AmBank (M) Berhad
    sehingga 30 Jun 2010.

  3. Senaraikan aktiviti yang telah dan akan dijalankan untuk bayi yang berjaya didaftarkan daripada tahun 2008-2010 mengikut pecahan daerah.

    Aktiviti yang telah dan akan dijalankan untuk bayi yang berjaya didaftarkan daripada
    tahun 2008-2010 adalah seperti berikut:
    Tahun Aktiviti Bandar
    2008 Sambutan Malam Kemerdekaan
    dan Pelancaran TAWAS
    – Shah Alam
    2009 Majlis Penyerahan Sijil Simpanan
    Tetap TAWAS-AmBank dan Kad
    SiManja
    – Rumah Menteri
    Besar Selangor
    – Banting
    Majlis Sambutan Hari Lahir – Hulu Selangor
    – Hulu Langat
    – Tanjung Karang
    – Taman Medan
    – Shah Alam
    2010 Majlis Sambutan Hari Lahir – Taman Medan
    – Batang Kali
    Program Pemeriksaan Kesihatan
    Bersama BP Healthcare
    – Sabak Bernam
    Program Menjana Pendapatan
    Kelab Parent’s
    – Shah Alam
    Program Ceramah Kewangan yang
    Bijak & Penyerahan Sijil TAWASAmBank
    – Klang
    – Ampang
    – Batang Berjuntai
    Akan Datang Majlis Sambutan Hari Lahir – Batu Tiga (3), Klang
    Program Ceramah Kewangan yang
    Bijak & Penyerahan Sijil Tetap
    Simpanan TAWAS AmBank
    – Sepang
    – Banting

Lampiran

Tiada Lampiran.