Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
33) TABUNG AMANAH PERKUBURAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah dana bagi Tabung Amanah Perkuburan diwujudkan?
Tabung ini ditubuhkan dengan tujuan seperti berikut:
- Bagi membolehkan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan caruman perkuburan yang dikutip daripada pemaju atau pemilik tanah yang membangunkan tanah kurang daripada 100 hektar (250 ekar) untuk perumahan/kediaman atau pembangunan bercampur (unit bangunan kediaman sahaja) setelah diluluskan pemberimilik tanah atau tukar syarat tanah; dan
- Bagi menguruskan penerimaan dan pengeluaran wang dari Tabung Amanah ini bagi tujuan pembiayaan penyediaan tapak perkuburan atau kos pengambilan tanah bagi perkuburan Orang Islam dan Bukan Islam atau urusan pembayaran berkaitan dengannya.
-
Bagaimanakah organisasi pengurusan tanah perkuburan boleh memohon dana ini?
Setiap agensi boleh membuat permohonan menggunapakai dana Tabung Amanah Perkuburan dengan menghantar permohonan melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) masing-masing.
-
Nyatakan prestasi kewangan Tabung Amanah Perkuburan bagi setiap daerah.
Prestasi sehingga 31 Disember 2024 setelah di tolak komitmen sedia ada setiap daerah adalah seperti berikut:-
DAERAH PRESTASI SEHINGGA 31 DISEMBER 2024
PETALING RM1,036,287.80 KLANG RM198,641.12 GOMBAK RM4,317,888.14 HULU LANGAT RM1,406,272.09 SEPANG RM8,004,739.87 KUALA LANGAT RM108,843.36 KUALA SELANGOR RM352,992.42 HULU SELANGOR RM811,369.96 SABAK BERNAM RM181,385.43