Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
3) TABUNG AMANAH PENDIDIKAN UNISEL (TAU)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria dan sasaran bagi Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan Skim Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) kepada pelajar-pelajar?
Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor belum menetapkan sebarang bentuk tabung bantuan di UNISEL. Walaupun begitu, UNISEL telah mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan
- Sasaran TAU adalah menjaga kebajikan pelajar dan membantu mereka mengurangkan beban kewangan bagi menyara diri ketika belajar, membeli buku dan membeli bahan-bahan untuk keperluan kursus. Bantuan ini menunjukkan UNISEL di bawah Kerajaan Negeri sangat prihatin membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan.
- Pada masa hadapan UNISEL bercadang untuk menubuhkan Yayasan UNISEL, yang memberi penekanan kepada kebajikan pelajar dan pembangunan
Tau menetapkan kriteria berikut untuk memberikan sumbangan:
- Pelajar Islam : Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka yang dalam kalangan keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, kategori asnaf dan penerima Zakat diberikan keutamaan menerima bantuan;
- Bukan Islam : Bagi pelajar bukan Islam, mereka yang dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah dan menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan pengajian diberikan keutamaan menerima bantuan;
Pada 2 Mac 2018, TAU telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang memerlukan bantuan. Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Presiden & Naib
-
Berapakah peruntukan yang disediakan
Pihak TAU belum mengemukakan sebarang permohonan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Pada masa ini bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah sumbangan yang diterima daripada staf dan pihak luar.
-
Jumlah pelajar yang mendapat manfaat?
Jumlah pelajar tidak dihadkan tetapi bergantung pada jumlah sumbangan yang diterima daripada staf dan pihak luar. Seramai 232 orang pelajar telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Bin Othman, Presiden & Naib Cancelor, dalam Majlis Penyampaian Sumbangan pada 2 Mac 2018 yang lalu.