Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

151) TABUNG AMANAH BENCANA ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan Tabung Amanah Bencana Alam?

    Mangsa-mangsa bencana alam di Negeri Selangor boleh memohon bantuan bencana melalui Tabung Bencana Daerah, melalui Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

    • Salinan Kad Pengenalan Ketua Keluarga;
    • Laporan / Bukti bergambar bencana yang telah dialami; dan
    • Laporan Polis.
  2. Senaraikan pemohon dan penerima Tabung Amanah Bencana Alam pada tahun 2014 mengikut DUN?

    Statistik penerima bantuan bencana alam sepanjang tahun 2014, mengikut pecahan daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    BIL. DAERAH  

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN BENCANA

     

    1. Klang 222
    2. Petaling 24
    3. Kuala Langat 23
    4. Hulu Langat 28
    5. Sabak Bernam 7
    6. Kuala Selangor 14
    7. Gombak 31
    8. Hulu Selangor 123
    9. Sepang 99

     

Lampiran

Tiada Lampiran.