Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
222) TABIAT MEROKOK RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kategori dan tahap kronik tabiat merokok di kalangan rakyat Selangor?
Mengikut kajian “Global Adult Tobacco Survey” pada tahun 2011, menunjukkan bahawa prevalen perokok di Malaysia adalah sebanyak 1%. Dalam kalangan lelaki prevalen perokok adalah sebanyak 43.9% manakala untuk wanita adalah seramai 1%. (Analisa tidak dapat dibuat mengikut negeri kerana kaedah persampelan mengikut kaedah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
-
Apakah kesan-kesan buruk tabiat merokok terhadap sosio-ekonomi dan kesihatan rakyat Selangor?
Dari sudut kesihatan, merokok menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya penyakit paru-paru kronik (lebih dari 90% dari pesakit paru-paru kronik adalah perokok), kanser paru-paru (dan pelbagai kanser lain seperti kanser mulut, tekak, perut, usus, uterus), penyakit jantung (kardiovaskular) dan mati pucuk.
Dari sudut sosioekonomi, merokok adalah pintu kepada pelbagai masalah ketagihan seperti ketagihan alcohol, morfin, ganja, amphetamine dan dadah-dadah merbahaya yang lain. Apabila seseorang telah mengalami ketagihan, kebergantungan kepada bahan ini akan menyebabkan masalah sosial seperti masalah kewangan, keruntuhan akhlak, dan boleh mengakibatkan penceraian, pergaduhan dan pembunuhan. Hampir 100% penagih dadah bermula dengan merokok.
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk mewujudkan bangunan bebas rokok di premis-premis awam di Selangor?
Terdapat 21 premis yang tertakluk sebagai kawasan larangan merokok (Dalam Akta Makanan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004). Tambahan daripada itu, Mulai Disember 2014, Menteri Kesihatan telah mengisytiharkan semua kawasan Rawat & Rehat (R&R) dan hentian sebelah (lay by) adalah kawasan larangan merokok. Senarai tempat-tempat dilarang merokok adalah seperti berikut adalah seperti di Lampiran A.
Lampiran A
21 SENARAI TEMPAT-TEMPAT DI LARANG MEROKOK
- Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam;
- Di mana-mana kawasan hospital atau klinik;
- Di dalam lif atau tandas awam;
- Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin;
- Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam;
- Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam wartadi bawah peraturan 22;
- Di dalam mana-mana lapangan terbang;
- Di dalam mana-mana premis Kerajaan;
- Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian;
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi;
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak;
- Di dalam mana-mana bas sekolah;
- Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd;
- Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah;
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesen minyak;
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium;
- Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan;
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan;
- Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet;
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara; dan
- Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.