Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
64) SYARIKAT YANG DITAWAR PROJEK MENGUTIP CAJ TEMPAT LETAK KERETA DI KAWASAN MENARA MPAJ DAN PUSAT PERNIAGAAN DI JALAN PERUBATAN (SEBELAH HOSPITAL PANTAI PANDAN INDAH)
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Syarikat yang manakah dapat tawaran projek mengutip caj tempat letak kereta di kawasan Menara MPAJ dan Pusat Perniagaan di Jalan Perubatan (sebelah Hospital Pantai Pandan Indah) dan sebab-sebab ia dilantik untuk mengutip caj tempat letak kereta
Syarikat Gerak Kilat telah dilantik oleh pemaju / MC dan MPAJ telah meluluskan lesen
sebagai operator tempat letak kereta mulai Mei, 2003 melalui UUK Tempat Letak
Kereta MPAJ. Petak tempat letak kereta di kawasan tersebut adalah di bawah
tanggungjawab pemaju kerana ia pembahagian secara hak milik strata/bersama. -
Berapakah jumlah yang sepatutnya dibayar kepada MPAJ setiap bulan dan berapakah tunggakannya?
Tiada bayaran perlu dibuat kepada MPAJ kecuali bayaran lesen untuk tempoh setahun
dan berdasarkan semakan semasa tiada tunggakan. -
Kedua-dua kawasan yang disebutkan di atas adalah tanah kerajaan atau tanah milik?
Kedua-dua kawasan tanah adalah milik swasta.