Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
209) SYARIKAT KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan kedudukan kewangan Syarikat KDEB bagi tahun 2010 dan 2011 ?
Di peringkat kumpulan KDEB, bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, pendapatan dicatat adalah sebanyak RM466.142 juta berbanding tahun 2010 sebanyak RM463.736 juta dengan perbezaan positif sebanyak RM2.406 juta. Pendapatan sebelum audit yang tertinggi adalah daripada sektor infrastruktur dan Utiliti sebanyak RM 207 juta serta Pembangunan Hartanah sebanyak RM
170 juta. Sila rujuk Jadual 1 di bawah untuk butiran pendapatan mengikut sektor
JADUAL 1: Pendapatan Mengikut Sektor
2011* 2010 Per’zaan Sektor RM’000 RM’000 RM’000 Infrastruktur dan utiliti 207,364 149,875 57,489 Pembangunan Hartanah 170,367 205,161 (34,794) Pembinaan 7,206 28,200 (20,994) Perniagaan 38,464 37,907 557 Hotel dan Rekreasi 35,625 35,987 (362) Pegangan Pelaburan 7,116 6,606 510 Jumlah 466,142 463,736 2,406 * Sebelum Audit 2011* 2010 Per’zaan Sektor RM’000 RM’000 RM’000 Infrastruktur dan utiliti 207,364 149,875 57,489 Pembangunan Hartanah 170,367 205,161 (34,794) Pembinaan 7,206 28,200 (20,994) Perniagaan 38,464 37,907 557 Hotel dan Rekreasi 35,625 35,987 (362) Pegangan Pelaburan 7,116 6,606 510 Jumlah 466,142 463,736 2,406 * Sebelum Audit
Bahagian keuntungan syarikat bersekutu adalah sebanyak RM48.313 juta berbanding tahun 2010 sebanyak RM74.150 juta dengan perbezaan negatif sebanyak RM25.837 juta. Perbezaan negatif ini adalah disebabkan oleh rosot nilai penerimaan perniagaan sebanyak RM67.746 juta daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd oleh syarikat bersekutu, iaitu SPLASH. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Kumpulan mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.378 juta berbanding tahun 2010 keuntungan sebanyak RM56.470 juta dengan perbezaan negatif sebanyak RM55.092 juta.
-
Sila nyatakan senaraikan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat KDEB yang terkini dan juga anak-anak syarikatnya ?
Senarai ahli Lembaga Pengarah Syarikat KDEB dan anak-anak syarikat adalah seperti berikut:
Kumpulan Darul Ehsan Berhad
- YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim
- YB Dato’ Mohammed Khusrin Haji Munawi
- YB Dato’ Mohd Arif Ab Rahman
- YM Raja Idris Raja Kamarudin
- Encik Suhaimi Kamaralzaman
Kumpulan Perangsang Selangor Berhad
- YM Raja Idris Raja Kamarudin
- Encik Suhaimi Kamaralzaman
- YBhg Dato’ Haji Abd Halim Mohyiddin
- Encik Mustaffa Kamil Ayub
- YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
- YB Sivarasa a/l Rasiah
- YB Dato’ Dr Mohamed Ariffin Aton
- Encik Mohamed Ross @ Rosely Mohd Din
Kumpulan Hartanah Selangor Berhad
- YM Raja Idris Raja Kamarudin
- Encik Suhaimi Kamaralzaman
- Encik Lee Siew Choong
- YBhg Dato’ Haji Ibrahim Md Yusof
- YBhg Dato’ Shamshudin Nor
- Encik Abdul Hamid Mohamed Ghows
-
Sila berikan butiran terperinci mengenai aktiviti-aktiviti perniagaan utama syarikat KDEB ?
Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah syarikat pemegangan pelaburan yang terlibat dalam perniagaan sektor air, hartanah, perhotelan dan rekreasi, alam sekitar dan pelaburan.
KDEB memiliki dua buah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
Aktiviti utama KDEB adalah seperti berikut:
- Sektor Air
Perangsang Selangor, anak syarikat KDEB; memegang saham dalam perniagaan air seperti;
- Konsortium ABASS Sdn Bhd (90.83%) melalui Titisan Modal (M) Sdn Bhd,
- Syarikat Pengeluar Air Holdings Berhad (30%) melalui Viable Chip (M) Sdn Bhd,
- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (30%),
- Aquaflow Sdn Bhd (60%) dan Chemindus Sdn Bhd (25%) melalui Hydrovest Sdn Bhd (60%) ii. Sektor Hartanah
Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) memegang ekuiti dalam dua buah anak syarikat iaitu;
- Central Spectrum Sdn Bhd (76.67%), pemaju utama Pulau Indah dan Hab Halal Selangor
- SAP Holdings Bhd (100%), pemaju pelbagai pembangunan
- Sektor Perhotelan & Rekreasi
Perniagaan perhotelan dan rekreasi termasuk kelab golf melalui Cash Band (M) Bhd, yang memiliki 3 buah hotel (Quality Hotel City Centre, Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale International Hotel), Kelab Golf Perangsang Templer dan KDE Recreation Berhad.
- Sektor Alam Sekitar
KDEB melalui anak syarikat, KDEB Waste Management Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kutipan sampah (sisa pepejal) di beberapa buah kawasan bandaran di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Sektor Pelaburan
KDEB juga terlibat dalam pembangunan lebuh raya melalui Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (20%).