Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
227) SYARIKAT GLC
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah pegawai-pegawai atasan di syarikat-syarikat GLC kerajaan Selangor menerima gaji dan bonus yang tinggi sedangkan kerajaan Selangor perlu berjimat cermat dalam perbelanjaannya?
ALP KSSB berpandangan adalah wajar kakitangannya diberikan bonus atas kerja
keras dan komitmen tinggi yang diberikan kepada kejayaan syarikat. Reward ini akan
menjadi motivasi kepada pekerja untuk mempertingkatkan prestasi mereka dan juga
syarikat.
Gaji asas pegawai-pegawai KSSB adalah tidak setinggi kadar pasaran. Contohnya,
gaji asas pengarah Eksekutif (Jurutera Perlombongan dengan pengalaman lebih 28
tahun) adalah RM16,500, manakala gaji pasaran adalah sekitar RM30,000 ke
Rm40,000 sebulan.
Jumlah bonus KSSB untuk tahun 2008 dan 2009 hanyalah kurang dari 2% daripada
pendapatan KSSB untuk tempoh yang sama. -
Adakah kerajaan akan membentangkan laporan audit KSSB ke Dewan Negeri Selangor?
Laporan urus niaga dan laporan kewangan KSSB tleh dikemukakan kepada SEL
CAT dan sedang diteliti.