Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
77) SYARIKAT BILLBOARD
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah pemantauan dan tindakan yang diambil terhadap pengusaha/syarikat billboard bermasalah yang dilaporkan tidak membayar lesen atau sewa tapak di sekitar negeri Selangor
Kerajaan Negeri telah menetapkan Dasar dan Garis Panduan Papan Iklan Luaran (Billboard) Negeri Selangor dan semua Pihak Berkuasa Tempatan telah pun melaksanakan semua arahan yang telah dikeluarkan. Semua syarikat telah dimaklumkan secara bertulis dan syarikat yang ingkar dengan tempoh masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, maka struktur yang terlibat akan dirobohkan.
-
Sila senaraikan pengusaha/syarikat billboard yang dikategorikan bermasalah
Syarikat-syarikat yang bermasalah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN PENGUSAHA/SYARIKAT BILLBOARD 1 MBSA 1. KARISMA VISTA SDN BHD 2 MBPJ 1. KARISMA VISTA SDN BHD 3 MPK 1. KARISMA VISTA SDN BHD 2. POPULAR MEDIA SDN BHD 4 MPSJ 1. TIADA MASALAH 5 MPAJ 1. KARISMA VISTA SDN BHD 6 MPKj 1. KARISMA VISTA SDN BHD 7 MPS 1. KARISMA VISTA SDN BHD 2. BIG TREE OUTDOOR SDN BHD 3. ALFE SDN BHD 4. MEDIAHOUSE SDN BHD 5. HONG BEE LAND SDN BHD 6. HONG LEONG PROPERTIES SDN BHD 8 MPSp 1. TIADA MASALAH 9 MDKS 1. SAP HOLDING BHD 10 MDHS 1. TIADA MASALAH 11 MDKL 1. TIADA MASALAH 12 MDSB 1. TIADA MASALAH