Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

283) SYARIKAT AIR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini selepas pengambilan daripada Syarikat konsesi?

    a) dan c)

     

    • Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, usaha dan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor adalah demi menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh

     

    • Justeru itu, tarikh 10 Julai 2015 merupakan tarikh bersejarah kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya memeterai Perjanjian Tambahan ke atas Perjanjian Utama. Pada tarikh ini, Kerajaan Negeri telah berjaya merungkai kemelut panjang industri perkhidmatan air dan akhirnya rakyat Negeri Selangor berjaya memiliki semula perkhidmatan air yang dikawal secara langsung oleh Kerajaan

     

    • Lanjutan daripada itu, pada 15 Oktober 2015, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dengan rasminya telah mengambil alih pengurusan operasi SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Seterusnya pada 26 Januari 2016, pengambilalihan syarikat konsesi Konsortium ABASS Sdn Bhd (“ABASS”) telah dimuktamadkan.

     

    • Di bawah Perjanjian Utama, antara obligasi-obligasi yang perlu dipatuhi oleh Air Selangor setelah pengambilalihan SYABAS, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan ABASS adalah untuk menamatkan Perjanjian Konsesi PNSB dan

     

    Perjanjian Konsesi ABASS. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Air Selangor pada ketika ini sedang dalam proses untuk memuktamadkan penamatan Perjanjian Konsesi PNSB dan Perjanjian Konsesi ABASS.

     

    • Pada masa yang sama, Air Selangor juga telah mengambil alih operasi dan pengurusan rawatan air bagi semua loji rawatan air (LRA) yang dahulunya di bawah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. dan ABASS manakala LRA SSP 1, SSP 3 dan Rasa masih kekal di bawah pengurusan SPLASH kerana pengambilalihan SPLASH masih belum

     

    • Sehubungan dengan itu, setelah proses pengambilalihan secara keseluruhan dimuktamadkan, Air Selangor akan menjadi operator tunggal bagi operasi rawatan dan agihan. Selaku operator tunggal, pemantauan dan kawalan secara langsung akan diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan bahawa Air Selangor beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan

     

    • Di bawah struktur lama, operasi rawatan air dikendalikan oleh Puncak Niaga

    (M) Sdn Bhd, ABASS dan SPLASH, manakala operasi agihan air terawat dilaksanakan oleh SYABAS. Di bawah struktur baru, Air Selangor telah mengambil alih kedua-dua operasi. Dalam hal ini, Air Selangor masih dalam tempoh peralihan (transition period) untuk meneliti dan menyeragamkan semua tatacara di bawah satu pengurusan.

     

    • Air Selangor akan beroperasi selaku operator tunggal bagi rawatan dan agihan. Keadaan holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan dapat mencapai matlamat untuk memastikan kos operasi yang tidak membebankan. Pada masa yang sama, Air Selangor tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi (capacity charge) bagi pembelian air terawat sebagaimana Perjanjian Konsesi sedia

     

    • Di bawah struktur baharu ini juga, pembiayaan ke atas perbelanjaan modal (CAPEX) akan ditanggung oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”). Ini berbeza dengan sistem yang terdahulu di mana CAPEX adalah ditanggung oleh syarikat konsesi. Selain daripada mendapat penjimatan kos operasi, Air Selangor akan dapat menumpukan perhatian kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan kepada pengguna. Ini akan dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam operasi perkhidmatan bekalan air.

     

    • Selaku Pemegang Lesen di bawah Akta Perkhidmatan Air Negara (Akta 655), segala perbelanjaan CAPEX Air Selangor akan dipantau secara langsung oleh SPAN dan Air Selangor tidak boleh membuat apa-apa aktiviti yang menyimpang dari kelulusan yang telah diberikan oleh

     

    • Antara perancangan yang telah dibuat oleh Air Selangor dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan air kepada pengguna adalah seperti berikut:-

     

    (i)        Penyeragaman tatacara pengurusan dan pentadbiran

     

    Di bawah struktur lama, operasi rawatan air dikendalikan oleh Puncak Niaga

    (M) Sdn Bhd, ABASS dan SPLASH, manakala operasi agihan air terawat dilaksanakan oleh SYABAS. Di bawah struktur baru, Air Selangor telah mengambil alih kedua-dua operasi. Dalam hal ini, Air Selangor masih dalam tempoh peralihan (transition period) untuk meneliti dan menyeragamkan semua tatacara di bawah satu pengurusan.

     

    • Pemeriksaan (Due Diligence) ke atas loji-loji rawatan air

     

    Semenjak mengambil alih Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan ABASS, Air  Selangor sedang meneliti dari aspek struktur, keupayaan teknikal serta sistem pemprosesan setiap loji yang berkenaan terutamanya loji-loji kecil bagi mengenal pasti keupayaan dan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memastikan loji-loji tersebut dapat beroperasi tanpa sebarang gangguan dan dapat membekalkan air yang berkualiti tanpa sebarang gangguan. Terdapat 30 loji rawatan air di bawah kendalian Air Selangor.

     

    (iii)      Penggantian Paip-paip Lama

     

    Air Selangor juga sedang meneliti keperluan untuk menukar paip di Negeri Selangor terutamanya di kawasan yang dikategorikan sebagai “hot spot”. Dalam melaksanakan sebarang tindakan yang melibatkan pembiayaan kewangan, Air Selangor amatlah menitik beratkan prinsip berasaskan value for money di samping mengutamakan dasar Kerajaan Negeri dalam agenda “Peduli Rakyat” kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat umum. Air Selangor akan memberi tumpuan untuk mengganti kira-kira 226 km paip air di Negeri Selangor untuk tahun 2016 sehingga 2018.

     

    (iv)     Penurunan NRW

     

    Air Selangor sedang meneliti dan membuat perancangan bagi menentukan garis dasar dan asas untuk pengurangan air tidak berhasil di masa depan. Dengan perancangan dan pengurusan NRW yang lebih efisien dan efektif, kadar NRW disasarkan turun ke tahap 25% pada tahun 2025.  Air Selangor  juga sedang mengkaji kesesuaian pelaksanaan NRW yang sedang dilaksanakan pada ketika ini. Mengikut perancangan, Air Selangor akan melaksanakan pengurusan NRW secara holistik yang membabitkan kawalan

     

    kualiti kerja, komitmen pengurusan dan kakitangan dan mengkaji semula kesesuaian outsourcing secara keseluruhan kerja-kerja NRW.

     

    (v)       Menambah baik Pembekalan Air

     

    Air Selangor membuat perancangan untuk memastikan semua sistem agihan sedia ada dapat berfungsi dalam merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan penyambungan saling (inter-connection). Melalui sistem ini, pembekalan air kepada pengguna tidak akan terjejas, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji. Pembekalan air loji yang henti tugas boleh ditampung oleh bekalan air daripada loji rawatan air yang lain.

     

    (vi)     Menambah baik pemantauan lembangan sungai

     

    Air Selangor sedang merancang untuk memperluaskan pasukan sanitary survey yang beroperasi di Sungai Semenyih dan ke semua lembangan sungai lain. Air Selangor juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi terkini untuk memantau kualiti air di lembangan-lembangan sungai.

     

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga menyebabkan usaha pengambilan sepenuhnya masih belum sukses termasuk isu SPLASH?

    1. Perjanjian Utama telah menggariskan bahawa Air Selangor diberi tempoh setahun daripada tarikh Perjanjian Utama dimuktamadkan untuk menyelesaikan pengambilalihan SPLASH. Pada ketika ini, pengambilan SPLASH oleh Air Selangor masih dalam proses rundingan

     

    1. Rundingan sedang dijalankan untuk mencapai persetujuan ke atas kos pengambilalihan dan kaedah menyelesaikan perkara-perkara dan isu-isu yang timbul daripada Perjanjian Konsesi
  3. Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang syarikat Air Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.