Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
221) SYARAT-SYARAT WAJIB PEMAJU PERUMAHAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan syarat wajib yang dikenakan kepada pemaju perumahan semasa pembinaan projek sedang dilaksanakan?
Pemaju perumahan perlu sentiasa memastikan unit rumah-rumah yang dibina dalam keadaan sempurna dan memuaskan sebelum diserahkan kepada pembeli unit rumah. Bagi memastikan ia nya sempurna, beberapa syarat wajib dikenakan kepada pemaju perumahan semasa pembinaan projek sedang dilaksanakan. Antara syarat-syarat wajib tersebut adalah:
- Pihak pemaju dikehendaki mematuhi kelulusan Kebenaran Merancang (KM), Pelan Kerja Tanah, Pelan Infrastruktur (jalan dan perparitan), Pelan Bangunan dan Pelan Landskap yang telah diluluskan oleh pihak
- Pihak pemaju juga dikehendaki mematuhi kelulusan pelan-pelan yang telah diluluskan oleh jabatan-jabatan teknikal seperti Pelan Bekalan Air Bersih oleh pihak Syabas, Pelan Sistem Rawatan Najis oleh pihak IWK, Pelan Kebombaan oleh pihak JBPM, Pelan Elektrik oleh pihak TNB dan Pelan Telekomunikasi oleh pihak SKMM.
- Pihak pemaju juga dikehendaki mematuhi garis panduan dan dasar-dasar yang dikeluar oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor Darul Ehsan seperti kuota bumiputera, komposisi pembinaan seperti rumah kos rendah, Rumah Selangorku, rumah sederhana rendah dan kos sederhana. Manakala dasar KPKT seperti mendapatkan kelulusan lesen pemaju perumahan dan lesen iklan /
- Pemaju juga perlu mengutamakan keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina dan orang awam di sekitar kawasan pembangunan semasa kerja- kerja pembinaan sedang
-
Berlaku kemalangan meragut nyawa diprojek Puncak Bistari II Puncak Alam. Apakah tindakan yang telah diambil ke atas pemaju dan langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan tragedi itu berulang?
Satu kemalangan telah meragut nyawa di projek Puncak Bistari II Puncak Alam. Antara tindakan yang telah diambil ke atas pemaju dan langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan tragedi itu berulang adalah:
- Kemalangan ke atas penunggang motosikal yang melanggar belakang lori, pihak MDKS telah mengeluarkan Notis Berhenti Kerja (Stop Work Order) melalui notis Bil. (32) dlm. MDKS 280/16/kt/2015/4-24 bertarikh 29 Ogos, 2016 dan kerja-kerja tanah serta kenderaan pembinaan telah dihentikan selama tempoh dua (2)
- Pemaju diminta meningkatkan kawalan trafik dan pembersihan di laluan awam di hadapan tapak dan mengadakan papan tanda amaran yang mencukupi serta membina penghadang (Berrier) antara laluan kenderaan pembinaan dengan kenderaan awam di sepanjang lot pemaju yang
- Arahan Penarikan Semula Notis Berhenti Kerja telah dikeluarkan oleh pihak MDKS pada 28 September 2016 setelah berpuashati dengan pematuhan syarat-syarat Kerja Tanah oleh pemaju dan pemaju boleh menjalankan semula kerja-kerja tanah di
- Pihak MDKS akan memantau kerja-kerja tanah dan meminta pemaju menyediakan laporan pengurusan trafik di tapak dan laluan