Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
53) SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TADIKA SWASTA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menubuhkan Tadika Swasta?
Syarat-syarat yang diperlukan untuk menubuhkan tadika swasta adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran 1972-P.U. (A) 414/72 Subseksyen 20(1), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) seperti berikut :
- Pemohon perlu membuat permohonan rasmi ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
- Melengkapkan borang permohonan (BPS1) bersama profil dan juga dokumen-dokumen sokongan yang
- Pemohon (Pengerusi), Guru Besar dan juga Ahli Lembaga Pengelola mestilah warganegara Malaysia
- Menyediakan premis yang sesuai dan dibenarkan bagi tujuan penubuhan tadika.
- Premis kediaman (lot tepi sahaja dibenarkan) dan perlu mendapat sokongan 10 orang jiran berhampiran.
- Premis perniagaan (penggunaan maksimum sehingga tingkat 2 sahaja dibenarkan).
- Premis sebuah/bangunan yang telah disediakan oleh pemaju/telah diwartakan khas untuk tujuan
- Menyediakan segala kelengkapan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai.
Bagi kelulusan operasi sepenuhnya, penubuhan tadika WAJIB memenuhi keperluan, syarat dan mendapat sokongan penuh kelulusan dari agensi- agensi berikut:
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah masing-masing.
- Pihak Bomba dan Penyelamat
- Pihak Pusat Kesihatan Daerah
- Wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali penubuhan tadika atas nama pertubuhan yang telah (ROS)
- Pengambilan pelajar hanya pada kohort umur 4, 5 dan 6 tahun
- WAJIB menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
- Semua tenaga pengajar WAJIB mendaftar dan mendapat Permit Kebenaran Mengajar.
-
Berapa banyak Tadika Swasta yang wujud di Negeri Selangor? Dan berapa yang berlesen dan yang tidak berlesen?
Jumlah tadika swasta yang telah berdaftar dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) secara atas talian di Negeri Selangor setakat 25 Ogos 2018 adalah sebanyak 2000 buah tadika.
Pada masa ini, tiada rekod berkenaan tadika swasta yang tidak berdaftar. Tadika swasta yang tidak berdaftar akan dikenal pasti melalui aktiviti penguatkuasaan berdasarkan aduan awam atau penemuan secara tidak langsung.
-
Apakah kekangan pengusaha tadika yang menyebabkan mereka tidak dapat kelulusan untuk mendapatkan lesen untuk beroperasi?
Kekangan yang dihadapi oleh pihak pengusaha bagi mendapatkan lesen untuk beroperasi, antaranya:
- Perlu memenuhi syarat dan peraturan bagi mendapatkan sokongan dari 3 agensi berkaitan yang telah ditetapkan.
- Tadika yang beroperasi di rumah kediaman, pengusaha perlu memohon Kebenaran Merancang (KM) bagi tujuan kelulusan tukar kegunaan bangunan (status kediaman kepada perniagaan).
- Terdapatnya bantahan jiran serta aduan yang tidak menyokong penubuhan tadika di kawasan tersebut. (antara syarat untuk mendapat kelulusan Kebenaran Merancang)
- Bagi premis bertingkat pula, wajib menyediakan laluan kecemasan dan tangga kecemasan.(syarat keselamatan pihak bomba).
- Bagi tadika yang beroperasi di premis perniagaan, perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Unit Kawalan Bangunan pihak berkuasa tempatan. Permohonan ini adalah untuk kelulusan perubahan / pengubahsuaian material dalaman premis.
Secara keseluruhannya, sekiranya pihak pengusaha dapat memenuhi segala syarat dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dan 3 buah agensi berkaitan, tiada sebarang isu atau masalah untuk pihak pengusaha mendapat kelulusan penuh operasi tadika berkenaan.