Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

113) SYARAT-SYARAT KETAT TERHADAP SYARIKAT-SYARIKAT KEMUDAHAN AWAM YANG MENGOREK JALAN PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terhadap syarikat-syarikat kemudahan awam yang memohon daripada PBT untuk menggorek jalan kerana kerja-kerja pemulihan kurang memuaskan dijalankan oleh kontraktor-kontraktor mereka?

    Setiap PBT di Negeri Selangor telah mempunyai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh
    setiap pemohon/ syarikat utiliti yang ingin menjalankan kerja-kerja pengorekan jalan di
    dalam kawasan rezab PBT. Sejumlah wang cagaran dan fee akan dikenakan kepada
    pemohon yang ingin mendapatkan permit pengorekan jalan. Wang cagaran ini adalah
    pegangan kepada PBT bertujuan untuk membaiki semula jalan-jalan yang rosak
    sekiranya pemohon gagal membaiki semula jalan tersebut mengikut syarat dan
    kehendak majlis. Sekiranya PBT berpuashati dengan kerja pembaikan jalan tersebut,
    wang cagaran ini akan dipulangkan semula kepada pemohon. PBT mendapati kerjakerja pembaikan semula jalan kurang berkualiti disebabkan tiada pemantauan kerja
    yang kerap dan teratur dibuat oleh pemohon. Kerajaan Negeri berpendapat bahawa
    pemohon yang gagal mematuhi kehendak PBT dengan mengabaikan kualiti kerja boleh
    disenarai hitamkan dan tidak dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja dan prestasi
    kontraktor akan dilaporkan kepada Pusat Khidmat Kontraktor.

  2. Bagaimana kerajaan memantau kualiti kerja yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor ini?

    Pemantauan yang lebih sistematik dan teratur akan dibuat dari masa ke semasa selaras
    dengan syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon. Pihak PBT akan membuat
    pemantauan dari segi mutu dan kualiti kerja kontraktor dengan membuat lawatan tapak
    yang lebih kerap dan mengarahkan syarikat utiliti supaya memastikan keadaan jalanjalan yang terlibat dengan kerja korekan perlu dibaiki segera dan sentiasa berada di
    dalam keadaan baik dan memuaskan. Kerjasama yang baik juga diperlukan daripada
    syarikat utiliti agar memilih dan melantik kontraktor yang berpengalaman dan
    berkelayakan serta mempunyai rekod bersih sahaja dibenarkan untuk menjalankan
    kerja-kerja korekan di kawasan PBT. Dengan cara ini Kerajaan Negeri berpendapat
    bahawa pemantauan secara bersama ini dapat dilaksanakan demi menjaga keselesaan
    dan kepuasan pengguna jalan di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.