Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

168) SYARAT PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN, INDUSTRI BARANG LUSUH DAN BESI BURUK SERTA RUMAH BURUNG WALIT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat (tetap dan dilonggarkan) kelulusan program pemutihan kilang tanpa izin, industri barang lusuh dan besi buruk serta rumah burung walit?

    Melalui inisiatif baharu Pelanjutan Tempoh Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran yang berkuatkuasa mulai 01 September 2024 hingga 31 Disember 2027, proses sesebuah kilang untuk diputihkan atau dalam erti kata yang lain sesebuah kilang itu beroperasi yang berlandaskan kepada undang-undang adalah bermula daripada urusan tukar syarat tanah dan sehingga selesai bayaran premium tukar syarat (diperingkat Pejabat Tanah). Manakala diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula proses pemutihan adalah sehingga pelan Kebenaran Merancang, bangunan struktur kilang diperakukan dengan Sijil Perakuan Siap Pematuhan (CCC).

    Mana-mana kilang (KTK) yang beroperasi sebelum 28 Ogos 2019 layak menerima inisiatif yang ditawarkan sekiranya permohonan menukar kategori kegunaan dan syarat nyata tanah dikemukakan sebelum program tamat tertakluk kepada syarat berikut:

    1. Aktiviti kilang KTK selaras dengan Rancangan Tempatan (RT) yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan; dan
    2. Mematuhi syarat-syarat teknikal minima KTK yang ditetapkan oleh agensi teknikal yang berkaitan (PBT, JAS, JPS, LUAS)

Lampiran

Tiada Lampiran.