Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
101) SYARAT KELULUSAN SEBUAH TASKA KOMUNITI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kelulusan sebuah taska komuniti ialah berlandaskan nisbah satu taska bagi bilangan 2500 penduduk. Apakah pihak PBT masih mengguna pakai syarat lama itu bagi meluluskan kewujudan sebuah taska sememangnya menjadi keperluan ibu bapa yang bekerja, khususnya para ibu tunggal bekerja? Apakah rasionalnya?
PBT masih menggunapakai Garis Panduan sedia ada bagi kelulusan sesebuah taska kerana garis panduan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) iaitu :
- Manual Garis Paduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua) 2010: Cadangan Lain-Lain Kemudahan Pendidikan : Taska/Tadika/Tabika/Pra Sekolah & Tadika Swasta : nisbah satu taska bagi 2,500 orang mengikut tadahan penduduk; dan
- GP 027 : Garis Panduan Penubuhan Tadika & Taska 2012 yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia : Di Kawasan Kediaman : nisbah satu taska bagi 200 unit
PBT menggunapakai garis panduan ini memandangkan garis panduan ini merupakan satu panduan yang seragam yang dikeluarkan oleh JPBD yang menyelaras hal- hal berkaitan dengan perancangan. Sebarang perubahan terhadap garis panduan tersebut memerlukan penglibatan JPBD Semenanjung Malaysia dan Negeri sebagai penyelaras terhadap perancangan taska dan tadika.
-
Apakah usaha pihak PBT dan badan berwajib memastikan bahawa tiada peraturan/syarat yang menyulitkan kebolehan diwujudkan taska-taska di mana ia diperlukan?
Kerajaan Negeri masih mengkaji dan menimbang dalam memberi kelulusan dengan syarat lebih mudah dengan mengecualikan laporan cadangan pemajuan (LCP) dalam pelan susun atur sedia ada bagi meringankan beban pengusaha taska setiap kali memperbaharui KM dan lesen di