Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

89) SYABAS DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Rundingan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Syabas bagi mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan rakyat. Sejauh manakah rundingan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor berjalan?

     

    1. Selepas kempen Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Negeri Selangor dijalankan pada bulan Disember 2010, Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan supaya Kerajaan Negeri Selangor diberi mandat untuk memberi tawaran semula kepada keempat-empat syarikat konsesi air di negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah  membuat tawaran baru kepada syarikat-syarikat konsesi air tersebut pada 6 Januari 2011, dan tawaran tersebut ditolak oleh Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), dan diterima dengan syarat oleh ABASS Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri tidak diterima jawapan daripada pihak Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) samada diterima atau ditolak, sebab yang diberi adalah kerana tawaran ialah inter-conditional, maknanya setelah dimaklumkan bahawa SPLASH menolak tawaran, tawaran tidak lagi

     

    Setelah tawaran terakhir tersebut telah tamat tempohnya, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan dalam media bahawa cadangan baru akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Setakat ini, tiada apa-apa cadangan baru yang telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor masih menunggu notis daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

  2. Apakah halangan-halangan utama penyelesaian belum dapat dicapai

    1. Halangan-halangan utama penyelesaian belum dapat dicapai adalah syarikat-syarikat konsesi air yang enggan menerima nilai ditawar oleh Kerajaan Negeri Selangor, iaitu meminta nilai yang jauh lebih tinggi. Kedua, Kerajaan Persekutuan tidak sanggup menggunakan kuasa mereka yang sebenarnya terkandung dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 665) klausa 19(1) untuk memastikan syarikat-syarikat konsesi air akan bersetuju untuk menjual aset dan ekuiti syarikat-syarikat mereka. Sekiranya mereka tidak bersetuju nilai ekuiti yang ditawar, kesemua pihak akan merujuk perkara ini kepada international arbitration untuk menentukan nilai ekuiti pampasan mereka.
  3. Dengan mengembalikan air kepada Kerajaan Negeri Selangor apakah faedah yang dapat dinikmati rakyat dan negeri ?

    1. Dengan mengembalikan air kepada Kerajaan Negeri Selangor, rakyat dan negeri akan menikmati industri perkhidmatan air yang lebih efisien, dan air yang lebih bermutu. Entiti baru yang dicadangkan adalah entiti holistik, di mana tiada lagi masalah transfer pricing iaitu syarikat bekalan air tidak akan lagi menambahkan harga di atas air dirawat yang diterima oleh syarikat rawatan air, dan tarif air dapat dikawal dengan lebih    Kenaikan tarif air tidak akan lagi sekadar kenaikan tarif air kini di  bawah  Syarikat  Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS). Kerajaan Negeri Selangor dapat mengawal kualiti, proses, tarif, pengurusan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai badan ditugaskan untuk mengawal industri perkhidmatan air di seluruh negara akan menjadi rujukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.