Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

262) SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk melaksanakan SDG di Negeri Selangor?

    (Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali)

    Pada masa ini, perkara berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Smart Selangor Mampan 2035 yang dipengerusikan oleh YB EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, dan diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor bersama-sama PLANMalaysia Selangor. Jawatankuasa ini adalah ditubuhkan susulan daripada penjenamaan semula Agenda Tempatan 21 yang memberi fokuks kepada SDG 11 iaitu kemampanan bandar dan komuniti dijenamakan semula kepada Smart Selangor Mampan.

    Berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Smart Selangor Mampan yang diadakan pada awal tahun 2023, mesyuarat bersetuju supaya Jawatankuasa ini diperkasakan dengan perluasan pelaksanaan inisiatif SDG melibatkan portfolio-portfolio YB EXCO yang lain. Ini adalah selaras dengan sasaran SDG yang mempunyai 17 sasaran yang berlainan merentasi pelbagai fokus antaranya adalah mengenai kemiskinan, perbandaran, kesihatan, kemampanan bandar dan komuniti serta pendidikan.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sedang merangka cadangan Jawatankuasa tersebut dengan mengambil kira struktur Jawatankuasa yang berkaitan dengan SDG di peringkat Kebangsaan untuk memastikan kesinambungan pelaksanaan perkara-perkara berkaitan SDG daripada peringkat kebangsaan ke peringkat negeri dan tempatan.

    Sebagai maklumat tambahan, walaupun struktur Jawatankuasa sedang diteliti untuk cadangan perluasan skop, inisiatif SDG giat dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan secara sukarela. Di bawah program SDG, pencapaian pelaksanaan inisiatif-insiatif SDG dilaporkan di platform yang berkaitan di bawah program-program United Nations.

    Status pelaksanaan SDG di Negeri Selangor yang diukur melalui pelaporan pelaksanaan dan pencapaian inisiatif SDG adalah seperti berikut:

    • Voluntary Subnational Review (peringkat Negeri Selangor) pada tahun 2023;

    • Voluntary Local Review (peringkat Pihak Berkuasa Tempatan);
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun 2021;
    2. Majlis Bandaraya Subang Jaya pada tahun 2021;
    3. Majlis Perbandaran Sepang pada tahun 2023;

    • Pelaporan SDG Roadmap dan dalam penyediaan Voluntary Local Review 2024 (peringkat Pihak Berkuasa Tempatan);

    1. Majlis Perbandaran Klang;
    2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya;
    3. Majlis Perbandaran Selayang;
    4. Majlis Perbandaran Kuala Langat; dan
    5. Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
  2. Sejauhmanakah ia dilaksanakan sehingga kini?

Lampiran

Tiada Lampiran.