Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

164) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI SELANGOR (SPN)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kakitangan di bawah SPN menggikut jantina, kaum, tetap dan kontrak?

    SPN Selangor melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan tetap. Jumlah kakitangan lantikan tetap di bawah SPN mengikut jantina dan kaum adalah seperti berikut:-      

    TARAF LELAKI
    MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
    TETAP 3,812 6 309 24 4,151
    PEREMPUAN
    MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
    3,466 9 164 18 3,657
  2. Senaraikan program latihan bagi membangunkan kemahiran penjawat awam di Selangor dari 2014-2017.

    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Negeri Selangor mengambil kira keperluan pembangunan kompetensi keseluruhan warga penjawat awam di Selangor dan ianya telah dilaksanakan secara sistematik agar dapat mengekalkan satu pentadbiran yang cekap dan dedikasi. Analisa dilaksanakan berdasarkan fungsi utama bahagian-bahagian di jabatan, kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh setiap anggota berdasarkan skim perkhidmatan dan jawatan, keperluan-keperluan lain mengikut arahan semasa pihak pengurusan ataupun dasar baharu kerajaan, tindakan reaktif berdasarkan laporan atau teguran audit dan juga hasil laporan keberkesanan kursus.

    Perolehan maklumat untuk keperluan latihan juga turut diperolehi daripada Kajian Keperluan Latihan Generik, keperluan Latihan oleh anggota melalui Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Mesyuarat-mesyuarat pengurusan yang lain.

    Sepanjang tahun 2014 sehingga 2017, program-program latihan yang telah dilaksanakan terbahagi kepada kompetensi seperti berikut:

     

    • Program Transformasi Minda
    • Program-program Kewangan
    • Program-program Peningkatan Produktviti
    • Program-program Kepimpinan
    • Program-program Bahasa
    • Program-program Kecemerlangan Organisasi
    • Program-program Persaraan
    • Program-program Orientasi
    • Program-program Teknologi Maklumat
    • Program-program Penguatkuasa
    • Program-Program Teknikal

    Bilangan program yang telah dilaksanakan mengikut pecahan tahun adalah       seperti berikut:

     

    • 2014: 70 program
    • 2015: 91 program
    • 2016: 84 program
    • 2017: 59 program

     

    Jumlah keseluruhan program yang telah diadakan sepanjang tahun 2014 sehingga 2017 adalah sebanyak 304 program. Senarai program latihan yang telah diadakan adalah seperti di Lampiran A.

  3. Nyatakan jumlah kenaikan taraf penjawat awam dari kontrak ke tetap dari 2014-2017.

    Jumlah kenaikan taraf penjawat awam dari kontrak ke tetap dari tahun 2014-2017 adalah seperti berikut:-

    BIL. TAHUN
    2014 2015 2016 2017
    1. 53 57 105 35

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.