Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
154) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR (SPN SELANGOR)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan nama jawatan, bilangan dan lokasi penempatan kakitangan di bawah suruhanjaya?
Nama jawatan, bilangan dan lokasi penempatan kakitangan di bawah pelantikan Suruhanjaya adalah seperti di LAMPIRAN I.
-
Nyatakan jumlah pegawai kontrak yang diambil dari 2008-2013 dan tugasan mereka?
a) Terdapat dua jenis Pengambilan Kakitangan secara kontrak iaitu Pelantikan Kontrak Selepas Bersara oleh SPN Selangor dan Pelantikan Kontrak oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor:-
- Pelantikan Kontrak Selepas Bersara adalah seperti di LAMPIRAN II.
- Pelantikan Kontrak yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti di LAMPIRAN III.
-
Apakah prosedur pengambilan kakitangan di bawah SPN?
- Prosedur Urusan Pengambilan oleh SPN diterangkan dalam Carta Aliran seperti berikut:-
PROSEDUR URUSAN PENGAMBILAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR
Urus setia SPN Selangor akan mengiklankan jawatan kosong di dalam surat khabar arus perdana dan Portal SPN setelah mendapat kelulusan Dato’ Pengerusi Lembaga SPN Selangor.
Terima permohonan (iklan disiarkan untuk tempoh dua minggu)
Daftar permohonan
Kumpul borang yang tidak layak dan dilabel TIDAK LAYAK UNTUK DITEMUDUGA
TIDAK
TIDAK LULUS TAPISAN
TIDAK BERJAYA
LULUS TAPISAN
BERJAYA
Semak sama ada permohonan:
- memenuhi syarat skim
- pernah ditamatkan perkhidmatan
Tapis borang mengikut syarat tambahan seperti yang diluluskan oleh Lembaga SPANS (syarat tapisan yang lebih ketat ditetapkan untuk mendapatkan jumlah calon yang ditetapkan)
Proses temuduga
Terima keputusan Lembaga SPN Selangor dan semak keputusan untuk calon berjaya (Berjaya dan ditawarkan / Berjaya sebagai Calon Simpanan)
Sediakan senarai calon Berjaya untuk disahkan di dalam mesyuarat Lembaga SPN Selangor
Sediakan surat Tawaran kepada calon berjaya yang telah disahkan dan diserahkan kepada Setiausaha
Tandatangan Surat Tawaran
Hantar Surat Tawaran (Calon diberikan tempoh selama 30 hari untuk menjawab sama ada menerima / menolak tawaran pelantikan jawatan tetap)
Terima daripada calon berjaya:-
- Surat Setuju Terima
- Surat Akuan Sumpah
Hantar salinan dokumen kepada BPSM, SUK untuk tujuan penempatan
Simpan fail individu di dalam Bilik Fail
LAMPIRAN I
Jawapan (a):
NAMA JAWATAN, BILANGAN DAN LOKASI PENEMPATAN KAKITANGAN DI BAWAH PELANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR
Bil Jawatan/Gred Bilangan Penempatan Perjawatan Pengisian 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41-DG54)
72 54 Jabatan Agama Islam Selangor 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (DGA29-DGA38)
1149 1086 Jabatan Agama Islam Selangor 3. Juruteknik Komputer (FT17-FT26) 31 28 a. Pejabat SUK; b. Perbendaharaan Negeri Selangor;
c. Pejabat Tanah dan Galian Negeri;
d. Jabatan Perhutanan Negeri;
e. Jabatan Agama Islam Selangor;
f. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri; dan
g. Semua Pejabat Daerah dan
Tanah (PDT).
4. Penolong Veterinar (G27- G36)
23 18 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
5. Pembantu Veterinar (G17- G26)
110 98 6. Pembantu Perikanan (G17-G26)
4 2 Jabatan Perikanan Negeri 7. Renjer Hutan (G17-G26) 22 21 Jabatan Perhutanan Negeri
8. Pembantu Pertanian (G17- G26)
98 65 9. Pengawas Hutan (G11- G14) 150 124 LAMPIRAN I
Bil Jawatan/Gred Bilangan Penempatan Perjawatan Pengisian 10. Pelukis Pelan (J11-J26) 108 95 a. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri; b. Jabatan Perhutanan Negeri;
c. Jabatan Kerja Raya Negeri;
d. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri; dan
e. Semua PDT.
11. Merinyu Tali Air (J17-J26) 8 6 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
12. Penolong Jurutera (J29- J38) 44 42 a. Pejabat SUK; b. Jabatan Agama Islam Selangor;
c. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri; dan
d. Semua PDT.
13. Pen.Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J17-J38)
17 17 a. Pejabat SUK; dan b. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
14. Juruteknik (J17-J26) 440 420 a. Pejabat SUK; b. Jabatan Agama Islam Selangor;
c. Jabatan Perhutanan Negeri;
d. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri;
e. Jabatan Kerja Raya Negeri;
f. Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri; dan
g. Semua PDT.
15. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa (J17- J26)
41 40 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri 16. Juruteknik Ukur Bahan (J17-J26)
27 24 Jabatan Kerja Raya Negeri 17. Penolong Pegawai Syariah (LS27-LS38)
22 22 a. Jabatan Agama Islam Selangor; dan b. Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri.
18. Pembantu Syariah (LS17- LS26) 61 59 LAMPIRAN I
Bil Jawatan/Gred Bilangan Penempatan Perjawatan Pengisian 19. Jurubahasa (L17-L26) 1 1 Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri.
20. Pembantu Perpustakaan (S17-S26) 3 3 a. Pejabat SUK; b. Jabatan Agama Islam Selangor; dan
c. Jabatan Kehakiman dan
Syariah Negeri.
21. Penolong Pegawai Tanah (NT27-NT36) 160 176 a. Pejabat Tanah dan Galian Negeri; dan b. Semua PDT.
22. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17-N26)
1368 1259 Semua Jabatan / Agensi (kecuali PBT dan Badan Berkanun Negeri)
23. Penyelia Asrama (N17- N26)
3 3 Jabatan Agama Islam Selangor 24. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat (N17-N36)
72 72 Semua Jabatan / Agensi (kecuali PBT dan Badan Berkanun Negeri)
25. Pegawai Khidmat Pelanggan (N17-N26)
61 59 26. Pembantu Penerbitan(N17-N26) 2 2 a. Pejabat SUK; dan b. Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
27. Pembantu Penguatkuasa (N17-N26)
73 63 a. Pejabat SUK; dan b. Semua PDT.
28. Penghantar Notis (N3-N12) 73 61 a. Pejabat Tanah dan Galian Negeri; b. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri; dan
c. Semua PDT.
29. Penghulu (NP27-NP40) 56 55 Semua PDT 30. Juruaudio Visual (N17- N26)
1 1 Jabatan Agama Islam Selangor 31. Pembantu Am Pejabat (N1-N4)
337 296 Semua Jabatan / Agensi (kecuali PBT dan Badan Berkanun Negeri) 32. Pekerja Awam (R1-R4) 1589 1302 LAMPIRAN I
Bil Jawatan/Gred Bilangan Penempatan Perjawatan Pengisian 33. Pekerja Awam Khas (R3- R6) 247 203 a. Jabatan Perhutanan; b. Jabatan Kerja Raya Negeri; dan
c. Jabatan Pengairan dan
Saliran Negeri.
34. Pemandu Kenderaan (R3- R6) 701 515 Semua Jabatan / Agensi (kecuali PBT dan Badan Berkanun Negeri)
35. Operator Loji (R3-R6) 8 6 a. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri; dan b. PDT Hulu Selangor.
36. Pengawal Keselamatan (KP11-KP14) 66 140 a. Pejabat SUK; b. Jabatan Agama Islam Selangor;
c. Jabatan Perhutanan Negeri;
d. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri; dan
e. PDT Gombak, Petaling dan
Kuala Langat.
37. Tukang K3 (R9-R14) 46 22 a. Pejabat SUK; b. Jabatan Pertanian Negeri;
c. Jabatan Perhutanan Negeri;
d. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri; dan
e. Jabatan Kerja Raya Negeri.
38. Tukang K2 (R11-R22) 96 61 a. Pejabat SUK; b. Pejabat Istana;
c. Jabatan Pertanian Negeri;
d. Jabatan Perhutanan Negeri; Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri;
f. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri; dan
e. Jabatan Kerja Raya Negeri.
LAMPIRAN I
Bil Jawatan/Gred Bilangan Penempatan Perjawatan Pengisian 39. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S27-S38)
97 91 a. Jabatan Agama Islam Selangor; dan b. Jabatan Mufti.
40. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17-S26)
299 286 41. Pembantu Pembangunan Masyarakat (S17-S26)
23 18 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
42. Pembantu Tadbir (Kewangan)(W17-W26) 378 300 Semua Jabatan / Agensi (kecuali PBT dan Badan Berkanun Negeri)
43. Pembantu Tadbir Rendah (N11-N14) 41 30 a. Pejabat SUK; b. Jabatan Agama Islam;
c. Perbendaharaan Negeri;
d. Jabatan Pertanian Negeri;
e. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri;
f. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri;
g. Jabatan Perhutanan Negeri;
h. Jabatan Kerja Raya Negeri;
i. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri; dan
j. PDT Petaling, Klang, Kuala
Langat dan Hulu Langat.
44. Penjaga Jentera Elektrik (R17-R22)
2 2 Pejabat SUK
45. Juruteknik Percetakan Rendah (N11-N14)
1 1 46. Operator Wayang Gambar/Pemandu (R3-R6)
1 1 Jabatan Agama Islam Selangor
47. Pembantu Makmal (C17- C26)
1 1 48. Jaga (R1-R4) 16 5 PDT Klang, Sepang, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam
49. Operator Komputer (F17- F26)
1 1 Perbendaharaan Negeri 50. Pembantu Laut (A17-A26) 1 1 Jabatan Perhutanan Negeri JUMLAH 8251 7258 LAMPIRAN II
SENARAI PELANTIKAN SECARA KONTRAK SELEPAS BERSARA BAGI TAHUN 2008 HINGGA BULAN OKTOBER 2013 (LANTIKAN SPN SELANGOR)
TAHUN 2008
Bil
Nama Pegawai
Jawatan
Jabatan
Tempoh Kontrak (Tahun)
Tarikh Pelantikan
1 Rusli bin Muhibat Penolong Pegawai Tadbir N27(Penghulu) PD Hulu Langat 1 tahun 1.1.2009 hingga 31.12.2009 2 Ngahdan bin Banuri Pelayan Istana N1 DYMM 2 Tahun 1.1.2009 hingga 31.12.2010 JUMLAH 2 Orang TAHUN 2009
Bil
Nama Pegawai
Jawatan
Jabatan
Tempoh Kontrak (Tahun)
Tarikh Pelantikan
1 Dato Setia Mohd Tamyes bin Abd Wahid Mufti Selangor Jabatan Mufti 2 18.5.2009 hingga17.5.2011 2 LT KDR Ahmad Ramli bin Kardi Juruiring Tentera Gred Z24 DYMM 2 5.7.2009 hingga 4.7.2011 3 Khuzaifah bin Mohd Yusof Pemandu Kenderaan R3 DYMM 2 30.7.2009 hingga 29.7.2010 4 Dato’ Haji Abdul Majid bin Omar Timbalan Mufti Selangor Jabatan Mufti 2 1.1.2010 hingga 31.12.2011 5 Y.M. Raja Datin Paduka Seri Puri Hajjah Marthiah Dang Pewara N17 DYMM 2 1.5.2009 hingga 30.4.2011 6 Rusli bin Muhibat Penghulu NP27 PD Hulu Langat 1 1.1.2010 hingga 31.12.2010 JUMLAH 6 Orang TAHUN 2010
Bil
Nama Pegawai
Jawatan
Jabatan
Tempoh Kontrak (Tahun)
Tarikh Pelantikan
1 Rusli bin Muhibat Penghulu NP27 PD Hulu Langat 1 Tahun 1.1.2011 hingga 31.12.2011 2 Mat Isa bin Haron Penghulu NP32 PD Kuala Langat 2 Tahun 1.12.2010 hingga 30.11.2012 3 Ngahdan bin Banuri Pelayan Istana N1 DYMM 1 Tahun 1.1.2011 hingga 31.12.2011 JUMLAH 3 Orang TAHUN 2011
Bil
Nama Pegawai
Jawatan
Jabatan
Tempoh Kontrak (Tahun)
Tarikh Pelantikan
1 Hasan bin Mansor Renjer Hutan Gred G17 Jabatan Perhutanan 1 tahun 1.4.2011 hingga 31.3.2012 2 Ali bin Abdul Manan Renjer Hutan Gred G17 Jabatan Perhutanan 1 tahun 1.4.2011 hingga 31.3.2012 3 Dato’ Mohd. Tamyes Abd. Wahid Mufti Negeri Selangor Jabatan Mufti N.Selangor 2 tahun 18.5.2011 hingga 17.5.2013 4 Dato’ Haji Abdul Majid bin Omar Timbalan Mufti Jabatan Mufti N.Selangor 2 tahun 3.1.2012 hingga 2.1.2014 JUMLAH 4 Orang TAHUN 2012
Bil
Nama Pegawai
Jawatan
Jabatan
Tempoh Kontrak (Tahun)
Tarikh Pelantikan
– TIADA – JUMLAH 0 Orang TAHUN 2013
Bil
Nama Pegawai
Jawatan
Jabatan
Tempoh Kontrak (Tahun)
Tarikh Pelantikan
1 Kapten Ahmad Ramli bin Kardi Juruiring Tentera Gred Z24 Pejabat DYMM 2 tahun 6.7.2011 hingga 5.7.2013 2 S.S. Dato’ Mohd Tamyes bin Abd. Wahid Mufti Negeri Selangor Jabatan Mufti 2 tahun 18.5.2013 hingga 17.5.2013 3 Khuzaifah bin Md Yusuf Pemandu Kenderaan Gred R3 Pejabat DYMM 2 tahun 30.7.2011 hingga 29.7.2013 4 Kapten Ahmad Ramli bin Kardi Juruiring Tentera Gred Z24 Pejabat DYMM 1 tahun 6.7.2013 hingga 5.7.2014 5
Abdullah bin Shaidin
Suruhan Khas Gred N1
Pejabat DYMM
2 tahun 2 tahun
4.9.2009 hingga 3.9.2011 dan
4.9.2011 hingga 3.9.2013
6
Hadib bin Daud
Pemandu Kenderaan Gred R3 Pejabat DYMM
2 tahun 1 tahun
15.9.2010 hingga 14.9.2012 dan
15.9.2012 hingga 14.9.2013
JUMLAH 6 Orang LAMPIRAN III
SENARAI PELANTIKAN SECARA KONTRAK BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2013
(LANTIKAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR)
Jumlah yang dilantik mengikut tahun (2008 sehingga 2013)
TAHUN JUMLAH PELANTIKAN KONTRAK 2008 36 2009 61 2010 116 2011 37 2012 97 2013 153 Tugas dan Tanggungjawab berdasarkan jawatan.
BIL JAWATAN GRED RINGKASAN TUGAS SKIM PERKHIDMATAN E 1.
Pegawai Ehwal Ekonomi
E41
Bertanggungjawab menjalankan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Mengawal selia dana-dana yang diperuntukkan, mengurus tadbir agensi/ cawangan, mewakili agensi dalam jawatankuasa/ pertubuhan berkaitan industri peringkat negeri/ negara. Memastikan peraturan- peraturan kerajaan berkaitan perkhidmatan, perolehan, perjawatan, kemudahan dan sebagainya dilaksana dan dipatuhi. Menyediakan laporan prestasi agensi kepada Ahli Lembaga dan stakeholders berkenaan. Turut bertanggungjawab merancang dan melakukan pemeriksaan/ siasatan berkala/ khas ke atas syarikat/ pegawai-pegawai syarikat, menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima.
2.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
E27
Bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti-aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani dan tanaman integrasi, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor, perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, penguatkuasaan undang-undang, menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan, merancang peruntukan kewangan dan menyediakan laporan aktiviti yang berkaitan. LAMPIRAN III
SKIM PERKHIDMATAN F 3.
Pegawai Teknologi Maklumat
F41
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.
4.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F29
Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna. 5.
Juruteknik Komputer
FT17
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
SKIM PERKHIDMATAN G 6.
Pembantu Veterinar
G17
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Pelaksana, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan berkaitan.
7.
Pembantu Pertanian
G17
Bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan Projek Perladangan Berkelompok.
SKIM PERKHIDMATAN J 8.
Jurutera
J41
Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.
9.
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
J41
Bertanggungjawab menyelaras Kajian Rancangan Struktur Perbandaran, Kajian Bandar Selamat, Kajian Petunjuk Bandar Sejahtera (MURNInet), penyelidikan dan kajian-kajian perancangan lain, melaksanakan e- Pemajuan Bahagian Perancangan Bandar, pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan perbandaran, mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah, penyediaan susun atur, reka bentuk kemudahan awam yang berkualiti dan berkesan serta mewujudkan persekitaran yang selesa untuk masyarakat. LAMPIRAN III
10.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
J29
Bertanggungjawab menyelaras Kajian Rancangan Struktur Perbandaran, Kajian Bandar Selamat, Kajian Petunjuk Bandar Sejahtera (MURNInet), penyelidikan dan lain-lain kajian-kajian perancangan, melaksanakan e- Pemajuan Bahagian Perancangan Bandar khasnya dalam semakan permohonan kebenaran merancang bagi perbandaran secara on-line, pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.
11.
Penolong Jurutera
J29
Bertanggungjawab membantu Jurutera merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.
12.
Juruteknik
J17
Bertanggungjawab mengatur, mengurus dan mengadakan perkhidmatan yang berkesan dalam penyeliaan projek, penyelenggaraan, pembaikan dan pengawasan ke atas kenderaan/ jentera. SKIM PERKHIDMATAN K 13.
Pengawal Keselamatan
KP11
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
SKIM PERKHIDMATAN L 14.
Pegawai Syariah
LS41
Bertanggungjawab memperkasa dan mengusahakan penyeragaman undang-undang syariah, memartabat sistem E-Syariah, melakukan penyelidikan isu-isu semasa dan keperluan Mahkamah Syariah dan menguruskan dana khas kerajaan berdasarkan perintah Mahkamah Syariah serta khidmat nasihat yang berkaitan dengannya. Menyebut, membicara, membuat keputusan/ penghakiman terhadap kes-kes syariah termasuklah kes- kes yang boleh diselesaikan secara ‘sulh’ di samping mengawasi perjalanan pentadbiran Mahkamah Syariah. Memberi nasihat perundangan syariah terutamanya isu- isu semasa yang melibatkan kemaslahatan umat Islam. Menyediakan khidmat nasihat berkaitan perundangan syariah kepada orang awam dan mengendalikan kes-kes syariah kepada mereka yang layak. Mengendalikan kes- kes berkaitan kesalahan syariah dan menjalankan pendakwaan bagi kes-kes berkaitan di Mahkamah Syariah.
15.
Pegawai Undang-Undang
L41
Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa. LAMPIRAN III
16.
Penolong Pegawai Syariah
LS27
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, keurusetiaan, perancangan dan penyelidikan berkaitan undang-undang syariah di peringkat jabatan/ mahkamah/ bahagian berkaitan seperti menyelaras pendaftaran dan menguruskan hal-hal berkaitan kes mal, jenayah dan faraid, menyelenggara urusan perjalanan Mahkamah Rendah Syariah dan pendakwaan serta membuat draf perintah yang telah diputuskan oleh Mahkamah.
17.
Penolong Pegawai Undang- Undang
L29
Bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.
18.
Pembantu Syariah
LS17
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perkeranian di peringkat Kumpulan Sokongan berkaitan pengurusan undang-undang syariah seperti urusan pendaftaran kes rayuan mal Mahkamah Tinggi Syariah, kes rayuan jenayah syariah, menguruskan saman dan sapina, membantu menyediakan dokumen- dokumen kes dan menyelenggara jadual perbicaraan hakim.
19.
Pembantu Tadbir (Undang- Undang)
L17
Bertanggungjawab menemuduga pelanggan dan mengambil butiran diri pelanggan untuk membuat catatan penyiasatan dan membuat ujian kemampuan. Bertindak sebagai kerani litigasi yang membantu pegawai membuat siasatan berkaitan dengan dokumen yang dikemukakan oleh anak guam. Menjawab panggilan telefon atas urusan-urusan rasmi berkaitan kes-kes sivil. Membuat pendaftaran kes ke dalam Case Management System (CMS). Menyediakan laporan bulanan statistik kes.
SKIM PERKHIDMATAN N 20.
Pegawai Tadbir
N41
Bertanggungjawab menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka. 21.
Penolong Pegawai Tanah
NT27
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat Kumpulan Pelaksana berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek-aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).
22.
Penolong Pegawai Tadbir
N27
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang. LAMPIRAN III
23.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
N17
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
24.
Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat
N17
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
25.
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
26.
Pembantu Penguatkuasa
N17
Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah- kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
27.
Penghantar Notis
N3
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi. 28.
Pembantu Am Pejabat
N1
Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan.
SKIM PERKHIDMATAN R 29.
Pekerja Awam
R1
Bertanggungjawab menyelenggara kebersihan kawasan/ bangunan pejabat, menanam dan menjaga pokok, membaja, mencantas pokok, meracun rumput dan melakukan tugas-tugas menyusun pokok-pokok berpasu untuk hiasan dalaman. 30.
Pemandu Kenderaan
R3
Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan pejabat atas tugas-tugas rasmi, menjaga dan menyelenggara kenderaan serta memastikan keselamatan kenderaan dan alat-alat kelengkapannya. LAMPIRAN III
31.
Tukang K3
R9
Bertanggungjawab menjalankan kerja pemeriksaan, servis dan senggaraan (berdasarkan bidang atau pengkhususan masing-masing seperti awam, mekanikal dan elektrikal). Turut terlibat dalam aspek penyeliaan dan pemantauan bagi projek pembangunan/ pemasangan baru dan penyelenggaraan.
SKIM PERKHIDMATAN S 32.
Pegawai Berita
S41
Bertanggungjawab mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan (contoh: Berita Harian, Utusan, NSTP) daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat. 33.
Pegawai Hal Ehwal Islam
S41
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Syariah.
34.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
S27
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh kerajaan, pertubuhan, orang aam dan juga sebagai urus setia kepada jawatankusa kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.
35.
Penolong Pegawai Perancang Bahasa S27
Bertanggungjawab membantu mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. 36.
Penolong Pegawai Penerangan
S27
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.
37.
Pembantu Hal Ehwal Islam
S17
Bertanggungjawab untuk membantu melancarkan perjalanan aktiviti di masjid/ surau termasuk pengurusan pentadbiran masjid, solat lima waktu dan penganjuran program, kuliah, tazkirah dan ceramah. Menerima arahan dan menjalankan tugas dari aspek pembangunan keluarga, penguatkuasaan undang-undang syariah dan dakwah.
38.
Pegawai Kewangan
W41
Bertanggungjawab menyelaras dan menyelenggara fungsi-fungsi mengenai urusan pembayaran gaji, elaun kerja lebih masa dan tuntutan panjar wang runcit pegawai/ kakitangan. Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kewangan agensi serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pelaburan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan iaitu menguruskan perolehan dan pembayaran, mengawal peruntukan, meluluskan pemindahan imbuhan, meluluskan permohonan perbelanjaan, mengurus, mengawal dan memantau pelaburan, mengawal dan memantau pengeluaran cek dan panjar wang runcit, memantau pertanyaan audit dan mengawal harta dan inventori pejabat. Juga bertanggungjawab menyelaras pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Akaun dan Aliran Tunai serta menyelia dan mengaplikasi Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan Akta-Akta yang sedang berkuat kuasa dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun.
LAMPIRAN III
39.
Akauntan
W41
Bertanggungjawab mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan dengan baik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Memberi nasihat kepada pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
40.
Penolong Akauntan
W27
Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
41.
Penolong Juruaudit
W27
Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
42.
Pembantu Tadbir (Kewangan)
W17
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.