Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
205) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR (SPN SELANGOR)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan nama jawatan, bilangan dan lokasi penempatan kakitangan di bawah suruhanjaya kini?
Sehingga tahun 2014 sebanyak 7,351 pelantikan jawatan telah dibuat mengikut kekosongan di pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan di Negeri Selangor. Nama Jawatan, bilangan dan lokasi penempatan di LAMPIRAN A.
-
Nyatakan jumlah pegawai kontrak yang diambil pada tahun 2014 dan tugasan mereka?
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor telah memberikan penurunan kuasa melantik perkhidmatan kontrak kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Pada Tahun 2014 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah melantik 195 perjawatan dan Jabatan Agama Islam Selangor telah melantik 126 perjawatan manakala Pejabat Tanah dan Galian Selangor tidak melantik jawatan kontrak pada tahun 2014. Tugas-tugas yang dilakukan seperti di LAMPIRAN B.