Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
130) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dalam pelantikan dan penukaran kakitangan kerajaan di Selangor?
Pelantikan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ditubuhkan sebagaimana diperuntukkan di bawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan melaksanakan perkara mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 (P.U. Sel. 25/2005)
Pertukaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor sebagai Pihak Berkuasa Melantik tidak terlibat dalam urusan pertukaran pegawai dan kakitangan. Urusan pertukaran kakitangan kerajaan dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang menguruskan hal-hal berkaitan Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia. Ia juga bertindak sebagai Ketua Perkhidmatan di peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam pelantikan atau penukaran kakitangan kerajaan di Selangor?
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor bertanggungjawab dalam hal-hal pelantikan di bawah bidang kuasanya sebagaimana diperuntukkan di bawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan melaksanakan perkara mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U. Sel. 25/2005) seperti di Lampiran A.
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa dalam urusan pertukaran kakitangan di negeri Selangor.
- Senarai jawatan-jawatan yang dilantik di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran B.
-
Apakah tatacara yang akan diambil sekiranya didapati pegawai kerajaan yang enggan bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri?
Seseorang pegawai dan kakitangan kerajaan yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Tatatertib yang diwujudkan di peringkat Ketua Jabatan dan juga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (kelakuan dan Tatatertib) 1995 (Pindaan) 2006.