Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
188) SURUHANJAYA BANGUNAN (COB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Keberkesanan pengurusan bangunan bergantung kepada JMB dan tunjuk ajar oleh Suruhanjaya Bangunan (COB). Berapakah kakitangan COB yang terlibat dalam memantau perjalanan JMB seluruh Selangor mengikut PBT?
Faktor kejayaan bagi keberkesanan pengurusan bangunan bukan bergantung pada JMB dan tunjuk ajar oleh Suruhanjaya Bangunan (COB) semata-mata. Berdasarkan analisis yang dibuat kepada JMB atau MC pangsapuri-pangsapuri yang berjaya, faktor utama yang mendorong kepada penyelesaian isu-isu JMB adalah kemahuan, komitmen dan kerjasama sesebuah komuniti pangsapuri itu sendiri untuk membuat perubahan menjadikan pangsapuri mereka kepada pangsapuri “Bersih, Ceria Dan Harmoni” di samping sentiasa mendapatkan nasihat daripada Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah waran perjawatan COB yang diwujudkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2008 mengikut kawasan PBT adalah seperti berikut:-
BIL PBT JUMLAH WARAN PERJAWATAN 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 6 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 6 3. Majlis Perbandaran Klang 6 4. Majlis Perbandaran Subang Jaya 6 5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6 6. Majlis Perbandaran Kajang 6 7. Majlis Perbandaran Selayang 6 8. Majlis Perbandaran Sepang 6 9. Majlis Daerah Hulu Selangor 6 10. Majlis Daerah Kuala Langat 4 11. Majlis Daerah Kuala Selangor 4 12. Majlis Daerah Sabak Bernam 1 -
Apakah tindakan PBT bagi COB yang hadapi masalah kurang kakitangan?
Terdapat PBT yang telah membuat penambahan atau pemindahan kakitangan kepada Unit COB, PBT seperti berikut:-
BIL PBT BILANGAN KAKITANGAN TAMBAHAN/PINDAHAN OLEH PBT
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 4 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3 3. Majlis Perbandaran Klang 8 4. Majlis Perbandaran Subang Jaya 10 5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 5 6. Majlis Perbandaran Kajang 3 7. Majlis Perbandaran Selayang 6 Walau bagaimanapun, sebahagian perjawatan yang diberikan PBT merupakan jawatan sokongan 1 dan sokongan 2 yang tidak dapat membantu COB untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap. Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 6/2016 yang bersidang pada 17 Februari 2016 telah meluluskan supaya mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang masih belum melaksanakan sepenuhnya arahan pelaksanaan penstrukturan semula organisasi Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT Negeri Selangor agar berbuat demikian sebelum atau pada 31 Mac 2016 dengan menggunakan peruntukan PBT masing-masing seperti berikut:-
- Menaiktaraf Unit COB kepada bahagian/jabatan setara dengan lain-lain bahagian/jabatan di PBT;
- Jawatan Ketua Unit COB dinaikkan satu tangga gred dan diberi elaun tidak berpencen (non-pensionable allowance);
- Membuat pertambahan perjawatan kontrak berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2003 seperti berikut:
- Melantik Pegawai Undang-Undang Gred L41 kecuali Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L27 di Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat;
- Melantik Pegawai Penilaian bagi PBT Kategori 1 (mengikut kesesuaian PBT); dan
- Melantik Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 dengan jumlah maksimum 5 orang (mengikut kesesuaian kawasan zon utama di kawasan PBT).
- Memenuhi waran perjawatan sedia ada di Unit COB yang masih ada kekosongan jawatan
Pelaksanaan arahan penstrukturan semula organisasi COB di PBT Negeri Selangor ini dikenakan ke atas PBT yang masih belum melaksanakannya seperti berikut:-
BIL PBT STATUS PELAKSANAAN 1 MPSJ Jawatan kritikal L41 belum dilaksanakan 2 MPSp Jawatan kritikal L41 belum dilaksanakan 3 MDHS Jawatan kritikal L41 belum dilaksanakan 4 MDKS Jawatan kritikal L29 belum dilaksanakan 5 MDKL Jawatan kritikal L29 belum dilaksanakan 6 MBPJ Belum dilaksanakan sepenuhnya 7 MPK Belum dilaksanakan sepenuhnya 8 MPKj Belum dilaksanakan sepenuhnya 9 MPS Belum dilaksanakan sepenuhnya Mana-mana PBT yang tidak mematuhi arahan berkaitan selewat-lewatnya pada
31 Mac 2016, hendaklah mengemukakan kertas ringkasan kepada MMKN semula berhubung keingkaran bagi pelaksanaan arahan tersebut dengan mendapatkan ulasan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor terlebih dahulu.