Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

181) SURAU AL-AKHLAQIAH DAN KAFA INTEGRASI PINANG TUNGGAL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status sebenar Surau Al-Akhlaqiah, Pinang Tunggal, PJS1 Petaling Jaya?

    Surau tersebut berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor No. pendaftaran JAI. SEL.PAIDP(PJ) 03/002/16.

  2. Adakah tapak surau itu diwartakan sebagai surau?

    Surau tersebut belum diwartakan dan UPMD telah berbincang dengan Unit Pembangunan JAIS untuk mewartakan tanah tersebut kerana Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling telah mengeluarkan surat no rujukan Bil(10)dlm.08/03/PB01/118/102003 mendapati tapak tersebut telah ditandakan sebagai tapak surau gantian dan perlu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor.

  3. Adakah surau tersebut boleh dibuat ubahsuai tanpa kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah?

    Semua ubahsuai yang melibatkan struktur utama bangunan perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan..Untuk tahun 2019 tiada permohonan drpd surau tersebut.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.