Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

126) SURAU AL-AKHLAQIAH DAN KAFA INTEGRASI PINANG TUNGGAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar Surau Al-Akhlaqiah, Kampung Pinang Tunggal, Petaling Jaya beroperasi di atas tapak yang tidak diwartakan sebagai surau?

    Ya, Surau Al-Akhlaqiah beroperasi di atas tapak yang tidak diwartakan sebagai tapak surau.

  2. Adakah tanah tersebut diwartakan sebagai tapak operasi sekolah agama?

    Tidak.

  3. Adakah penggunaan tanah untuk sekolah agama dibolehkan untuk operasi sebuah surau?

    Tapak yang dirizabkan sebagai Sekolah Agama tidak dibenarkan untuk pembinaan surau kecuali menukar status guna tanah kepada warta tapak surau dibuat terlebih dahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.