Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

141) SUNTIKAN DANA PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri boleh menyediakan dana permulaan atau dana penggalak kepada pengusaha-pengusaha kecil untuk membangunkan sendiri industri pelancongan di Pantai Remis sebagai alternatif kepada ketiadaan pelan pembangunan oleh kerajaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor tidak menyediakan dana permulaan atau dana penggalak bagi tujuan ini. Namun, terdapat insentif lain yang boleh diberikan seperti lesen perniagaan sementara dan kemudahan pembiayaan berbentuk pinjaman iaitu Tabung Khas Pelancongan (SFT3) yang dikendalikan oleh Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank).

    Tujuan Tabung Khas Pelancongan ini adalah untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan industri pelancongan di kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (PKS) untuk menyumbang ke arah pendapatan negara. Kelayakan projek termasuklah homestay atau kraf tangan dan mestilah berdaftar dengan MOTAC sebagai projek pelancongan atau disahkan sebagai projek pelancongan oleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP) MOTAC.

Lampiran

Tiada Lampiran.