Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

315) SUNGAI UNTUK AKTIVITI PELANCONGAN DAN REKREASI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan sungai-sungai di Selangor yang terlibat dengan aktiviti pelancongan dan rekreasi. Nyatakan juga syarikat-syarikat yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk mengurus kawasan tersebut.

    Berikut adalah sungai-sungai di Negeri Selangor yang terlibat dengan aktiviti pelancongan dan rekreasi serta agensi yang telah diluluskan untuk mengurus Kawasan tersebut.

     

    Bil. Nama Sungai Agensi
    1. Sungai Selangor Selangor River Eco Tourism Sdn Bhd
    2. Sungai Congkak Tourism Selangor Sdn Bhd
    3. Sungai Kanching
    4. Sungai Chiling Jabatan Perikanan Negeri Selangor
    5. Sungai Serendah Majlis Perbandaran Hulu Selangor
    6. Sungai Gabai Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

     

    7. Sungai Sendat
    8. Sungai Tekala
    9. Sungai Pangsun
  2. Apakah inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan aktiviti rekreasi di sungai-sungai seluruh negeri? Sila senaraikan kempen, program, atau insentif yang berkaitan.

    Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempromosikan aktiviti rekreasi di sungai-sungai seluruh negeri. Berikut adalah beberapa kempen, program, dan insentif yang telah dilaksanakan seperti;

     

    Bil. Program Objektif
    1. Kempen ‘Visit Selangor Year 2025’

     

    Kempen ini mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan utama, termasuk aktiviti rekreasi di sungai
    2. Selangor River of Life Program ini bertujuan untuk memelihara sungai-sungai di Negeri Selangor bagi aktiviti rekreasi dan pelancongan.Aktiviti bagi program ini adalah pembersihan sungai, penanaman semula tumbuhan dan pembinaan kemudahan pelancong seperti laluan pejalan kaki dan kawasan rehat
    3. Sungai Bersih Komuniti Sihat Program ini berbentuk kesedaran mengenai kepentingan membersihkan sungai. Program ini melibatkan kempen pembersihan sungai secara berkala dengan penglibatan komuniti tempatan, sekolah, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
    4. Festival Air Selangor Festival ini mempromosikan aktiviti air dan rekreasi di sungai-sungai Selangor. Ianya termasuk pertandingan sukan air, pameran, dan aktiviti kebudayaan yang berkaitan dengan sungai.
    5. Selangor Fishing Festival Pertandingan memancing, pameran peralatan memancing, dan aktiviti kebudayaan.
  3. Mohon senaraikan semua sungai yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang berserta panjangnya. Selain itu, adakah sungai-sungai ini sesuai untuk dijadikan lokasi aktiviti rekreasi dan pelancongan? Jika ya, nyatakan potensi atau jenis aktiviti yang sesuai.

    Sungai-sungai yang terdapat di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang adalah melibatkan 8 batang sungai dengan Sungai Selangor sebagai sungai utama beserta 7 anak sungainya. Pada masa ini, potensi Sungai Selangor di Kg. Kuantan merupakan kawasan rekreasi eko-pelancongan yang melibatkan Santuari Kelip-kelip. Senarai sungai di DUN Permatang adalah seperti perincian berikut:

     

    Bil Nama Sungai Jarak (KM)
    1. Sungai Selangor 35.63
    2. Sungai Tinggi 16.21
    3. Sungai Udang 4.0
    4. Sungai Tunggol 2.83
    5. Sungai Pak Kalong 3.11
    6. Sungai Terap 6.0
    7. Sungai Ular 4.3
    8. Sungai Kelan 4.0

Lampiran

Tiada Lampiran.