Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
114) SUNGAI-SUNGAI DI SEMENYIH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf sungai-sungai di Semenyih seperti Sungai Semenyih, Sungai Rinching, Sungai Beranang dan Sungai Sompo?
Kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf sungai-sungai di Semenyih dan status kerja berkenaan adalah seperti dibawah. Skop kerja penyelenggaraan adalah pemotongan rumput di tebing kiri dan kanan sungai.
- Rancangan Tebatan Banjir Sg. Semenyih di Kampung Batu 3, Mukim
Tarikh Mula : 1/11/2016 Tarikh Siap : 4/4/2018
Status : SIAP SEPENUHNYA (100%)
Kos Kontrak : RM4,754,100.00
- Kerja-kerja berkala 2 kali setahun di Mukim
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Semenyih
- Kerja-kerja Penyelenggaraan Sg. Purun
- Kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan Semenyih Indah Dan Semenyih Mewah.
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Broga di Kg. Baru Tarun
- Kerja-kerja berkala 2 kali setahun di Mukim
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Rinching di Kg. Rinching Hilir
- Kerja-kerja Penyelenggaraan Sg. Rinching di Kg Rinching Tengah
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Rinching di Kg. Rinching Hulu
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Jai di Kg. Sg. Jai
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Beranang di Kg. Sesapan Batu Rembau
- Kerja-kerja Penyelenggaraan Sg. Beranang di Kg Sesapan Batu Minangkabau
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Solok di Kg. Sesapan Kelubi
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Jernih di Kg. Sesapan Batu Rembau
- Kerja-kerja Penyelenggaraan Sg. Beranang di Kg Kuala Pajam
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Beranang di Jalan Enam Kaki
- Kerja-kerja penyelenggaraan Sg. Sompo di Kg. Paya
-
Apakah status setiap kerja-kerja di (a)?
Sama seperti di SUB (a)