Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
89) SUNGAI KELANG YANG BERSIH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jelaskan perancangan bersepadu pemuliharaan Sungai Kelang.
Objektif utama di bawah inisiatif pemuliharaan Sungai Klang adalah bagi meningkatkan tahap kualiti air. Merujuk kepada data yang diperoleh, tahap kualiti air di Sungai Klang telah menunjukkan peningkatan kepada tahap yang lebih baik iaitu sebanyak kira-kira 52% daripada jumlah hari dalam setahun mencatatkan tahap kualiti air pada kelas III dan ke atas, berbanding dengan tahap kualiti air pada kelas V yang di catatkan pada tahun 2016/2017 yang lalu, sebelum pelaksanaan projek SMG. Perancangan pihak LLSB seterusnya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-
- Mengurangkan jumlah sisa pepejal daripada terus memasuki Sungai Klang dengan meningkatkan lagi kecekapan dari sudut operasi pembersihan secara holistik disamping memperbanyakkan kempen kesedaran melalui media massa dan media sosial yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat;
- Mengurangkan bau dan tahap kekeruhan air di Sungai Klang dengan pelaksanaan operasi mengabstrasi kelodak yang merupakan salah satu punca utama bagi pencemaran bau dan tahap kekeruhan air; dan
- Meningkatkan tahap kesedaran dan akauntabiliti dikalangan para pengusaha dan pengilang-pengilang berhubung kadar pelepasan effluent yang menjadi salah satu punca pencemaran utama di Sungai Klang. Antara inisiatif yang sedang diperincikan di peringkat LLSB dan Lembaga Urus Air Selangor adalah pelaksanaan dasar pelepasan sifar.
Antara inisiatif utama di bawah pemacu ekonomi pembersihan SMG adalah pemasangan tujuh (7) buah unit perangkap sampah atau logboom di sepanjang 56km jajaran Sungai Klang, bermula di kawasan Petaling Jaya sehingga Klang. Rumusan berkaitan lokasi pemasangan 7 buah unit logboom adalah seperti berikut:-
NO. LOGBOOM LOKASI PURATA KUTIPAN DALAM SEBULAN 1 Log Boom I Tmn Kinrara Puchong 14 MT 2 Log Boom II Stormwater Drain, Tmn Sentosa
1 MT 3 Log Boom III Sg Kayu Ara, Damansara 30 MT 4 Log Boom IV Kg Aman Hilir 0 MT (sedang diperbaiki)
5 Log Boom V Sungai Kandis 547 MT 6 Log Boom VI Sungai Pinang 131 MT 7 Log Boom VII Sungai Delek 115 MT 8 Interceptor 002 Berhampiran Pangkalan Batu 80-90 MT Pemilihan lokasi bagi pemasangan logboom seperti yang di atas adalah berdasarkan kepada kajian teknikal yang telah dibuat berdasarkan kepada keadaan Sungai Klang dan tahap kesesuainya. Lokasi – lokasi ini juga dipilih bagi memudahkan tujuan pengumpulan data jumlah kutipan sampah di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat seperti MBPJ, MBSA, MBSA dan MPK. Sehingga kini, sebanyak kira-kira 72,000 MT sampah telah berjaya dikeluarkan daripada Sungai Klang.
-
Berapakah perangkap sampah, jumlah ton sampah dikutip serta lokasi-lokasinya?
Jawapan sama seperti di atas (a)