Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
302) SUMBER TENAGA HIJAU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tenaga hijau selain daripada tenaga solar di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor telah meletakkan komitmen tinggi berkaitan aspek tenaga hijau dan kelestarian dalam menggalakkan pembangunan industri baharu sekaligus menciptakan peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu serta mengurangkan jejak karbon di negeri Selangor. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang meneroka sumber-sumber tenaga baharu dalam usaha mengubah ekonomi ke arah peralihan tenaga yang bersih. Selain daripada tenaga solar, antara projek tenaga yang sedang dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor antaranya seperti berikut:
- Pulau Indah Power Plant;
- Kuala Langat Power Plant;
- Landfill Gas Plant di Jeram Sanitary Landfill, Kuala Selangor dan;
- Waste to Energy di Jeram Sanitary Landfill, Kuala Selangor dan Tanjung Dua Belas, Kuala Langat; dan
- Small Hydropower Plant di sekitar sungai-sungai Selangor.
-
Apakah insiatif untuk menggalakkan kilang, pusat pedagangan dan kediaman untuk pemasangan tenaga panel solar?
Kerajaan Negeri Selangor, melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), telah mewujudkan Program Inisiatif Bangunan Hijau Ke Arah Kesejahteraan Bandar (Green Initiative Program Towards Urban Well-Being) untuk menyokong pemasangan dan penggunaan sistem solar di rumah-rumah dan perniagaan. Program ini merangkumi pelbagai inisiatif, termasuk pemasangan lampu LED di pangsapuri dan sistem solar.
Program ini dilaksanakan melalui kerjasama pintar (smart partnership) antara LPHS dan syarikat swasta, melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai pada 7 Februari 2022. Salah satu kelebihan utama program ini adalah pendekatan Zero Capex (kos modal sifar), di mana tiada kos permulaan dikenakan kepada penghuni atau perniagaan untuk pemasangan sistem solar.
Kerajaan Negeri Selangor tetap komited untuk menjayakan program ini kerana konsep Bangunan Hijau adalah sebahagian daripada usaha ke arah kelestarian (sustainability) yang menekankan kepentingan penggunaan sumber alam secara lestari (natural resources sustainability) serta mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Dengan inisiatif ini, Kerajaan Negeri berharap dapat mencapai kesejahteraan bandar yang lebih baik melalui penggunaan teknologi hijau dan tenaga yang lebih efisien.