Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

108) SUMBER TENAGA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan pecahan tenaga kerja dan bilangan.

    Berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Suku Tahun Pertama 2011 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, perincian tenaga buruh adalah seperti berikut:

    Jadual 1:        Perangkaan Utama Tenaga Buruh

    Bil. Perangkaan Utama Jumlah

    (‘000)

    Peratus (%)
       
    1. Tenaga buruh 12,497.9  
    2. Bekerja 12,116.6  
    3. Penganggur 381.3  
    4. Luar tenaga buruh 6,974.9  
    5. Kadar penyertaan tenaga buruh   64.2
    6. Kadar pengangguran   3.1

    Jadual 2:      Bilangan dan Taburan Peratus Penduduk Bekerja Mengikut Pekerjaan

    Bil. Pekerjaan Jumlah

    (‘000)

    Peratus (%)
       
    1. Pengurus 724.9 6.0
    2. Profesional 1,175.2 9.7
    3. Juruteknik dan profesional bersekutu 1,186.0 9.8
    4. Pekerja sokongan perkeranian 1,105.2 9.1
    5. Pekerja perkhidmatan dan jualan 2,525.6 20.8
    6. Pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan 1,065.5 8.8
    7. Pekerja kemahiran dan pertukangan yang berkaitan 1,316.9 10.9
    8. Operator loji dan mesin serta pemasang 1,391.6 11.5
    9. Pekerjaan asas 1,625.6 13.4
    Jumlah keseluruhan 12,116.6 100.0
     

    Jadual 3:         Bilangan dan Taburan Peratus Penduduk Bekerja Mengikut Industri

    Bil. Pekerjaan Jumlah

    (‘000)

    Peratus (%)
       
    1. Pertanian, perhutanan dan perikanan 1,527.5 12.6
    2. Perlombongan dan pengkuarian 81.3 0.7
    3. Pembuatan 1,991.5 16.4
    4. Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara 51.6 0.4
    5. Bekalan air, pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan 61.4 0.5
    6. Pembinaan 1,214.0 10.0
    7. Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal 1,992.6 16.5
    8. Pengangkutan dan penyimpanan 564.5 4.7
    9. Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan serta minuman 940.0 7.8
    10. Maklumat dan komunikasi 160.2 1.3
    Bil. Pekerjaan Jumlah

    (‘000)

    Peratus (%)
       
    11. Aktiviti kewangan dan insurans / takaful 298.3 2.5
    12. Aktiviti hartanah 53.2 0.4
    13. Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 289.3 2.4
    14. Aktiviti pentadbiran      dan      khidmat sokongan 433.9 3.6
    15. Pentadbiran awam dan pertahanan 742.2 6.1
    16. Pendidikan 810.1 6.7
    17. Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 312.7 2.6
    18. Kesenian, hiburan dan rekreasi 77.0 0.6
    19. Aktiviti perkhidmatan lain 189.1 1.6
    20. Aktiviti isi rumah sebagai majikan 325.6 2.7
    21. Aktiviti badan   dan      pertubuhan      luar wilayah 0.5 0.0
      Jumlah keseluruhan 12,116.6 100.0
     
  2. Apakah unjuran keperluan tenaga kerja mengikut sektor sehingga 2020?

    Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, statistik yang dikumpulkan memperlihatkan unjuran kenaikan dari segi peratusan tenaga kerja sedia ada saban tahun secara konsisten sekitar 5% hingga 7.5% dan kadar pengangguran sekitar 3.0% hingga 3.3%.

  3. Apakah rancangan kerajaan dalam usaha pembekalan tenaga kerja ikhtisas bagi memenuhi keperluan sehingga 2020?

    Bagi memenuhi keperluan gunatenaga kerja ikhtisas sehingga tahun 2020, Kerajaan telah mengenalpasti beberapa pendekatan. Antaranya:

    1. Pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran, di samping usaha penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan. Ini perlu untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuhkan daya tarikan pelaburan.
    2. Usaha untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus terhadap peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa terutamanya di kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan ini adalah penting bagi menyediakan landasan untuk terus berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan tumpuan kepada tiga (3) bidang utama iaitu:
      • Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
      • Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan
      • Memperkukuh keupayaan Negeri Selangor khususnya menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.

    iii) Membuat pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja. Kerajaan Negeri akan memperkukuhkan dan memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh industri dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan komuniti yang berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pentadbiran Kerajaan Negeri komited menjayakan Program Jom Kerja yang dijalankan di seluruh Negeri Selangor dengan penglibatan syarikat-syarikat swasta dari pelbagai disiplin.

    Pada masa ini, hanya 28% bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015 dan 50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada sektor swasta.

    Pada umumnya, globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan yang berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana pekerjaan. Terdapat banyak persaingan untuk menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untuk meningkatkan daya tarikan Negeri Selangor sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.