Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

321) SUMBER PENDAPATAN PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sumber pendapatan operasi PKNS bagi tahun 2023 dan 2024 dari segi perbandingan di antara jualan hartanah (pembangunan) PKNS dengan jualan tanah PKNS termasuk dvelopment rights. Berapakah jumlah pendapatan PKNS yang disasarkan bagi tahun 2025?

    Sumber pendapatan operasi PKNS bagi tahun 2023 dan 2024 adalah terdiri daripada jualan bangunan, jualan/pajakan tanah dan pulangan daripada projek penswastaan.

    Untuk makluman, Penyata Kewangan PKNS bagi tempoh berakhir 31 Disember 2023 baru sahaja selesai pengauditan dan telah menerima sijil audit pada 28 Oktober 2024. Ianya akan dibentangkan di Mesyuarat Persidangan Dewan Negeri Selangor pada bulan November akan datang. Oleh itu, Penyata Kewangan PKNS masih di peringkat embargo sehingga pembentangan diterima oleh Sidang Dewan tersebut.

    PKNS masih dalam proses untuk memuktamadkan belanjawan PKNS bagi tahun 2025 dan dijangka akan dibentangkan untuk kelulusan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada bulan Disember 2024. Oleh itu, maklumat pendapatan PKNS bagi tahun 2025 hanya boleh dikemukakan selepas mendapat kelulusan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.

Lampiran

Tiada Lampiran.