Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

198) SUMBER MINERAL DAN GALIAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis-jenis sumber mineral dan galian yang terdapat di Selangor.

    Jenis-jenis sumber mineral dan galian yang terdapat di Selangor (yang sedang diusahakan) adalah seperti berikut;

    • agregat batuan (granit)
    • batu kapur (untuk perusahaan simen)
    • lempung (tanah liat), bahan bertanah (tanah merah dan syal)
    • pasir dan kelikir
  2. Berapakah jumlah hasil perolehan dari sumber mineral dan galian di Selangor pada tahun 2014 dan 2015?

    PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

     Hasil perolehan dari sumber mineral dan galian Negeri Selangor pada tahun 2015 adalah berjumlah RM871,405.00 dan butirannya adalah seperti di Lampiran

    Bagi tahun 2014, tiada hasil perolehan dari sumber mineral dan galian yang telah diterima kerana pada tahun tersebut, dasar Kerajaan Negeri yang tidak menggalakkan aktiviti perlombongan dalam Negeri Selangor.

     

     

    LAMPIRAN A

     

    JUMLAH HASIL PEROLEHAN DARI SUMBER MINERAL & GALIAN SELANGOR DARUL EHSAN PADA TAHUN 2015

     

     

    Bil

     

    Tenem Mineral

     

    Bayaran Fi Permohonan (RM)

     

    Bayaran Fi Pengeluaran Lesen / Pajakan (RM)

     

    Sewa Tanah Tahunan (RM)

     

    Sewa Tanah Tahunan (Tunggakan) (RM)

     

    Royalti / Denda (RM)

     

    Jumlah (RM)

    1 Lesen Mendulang 1,260.00 4,000.00 5,260.00
    2 Pajakan Melombong 800.00 1,500.00 138,145.00 274,700.00 415,145.00
    3 Lesen Melombong Tuan Punya 1,400.00 1,400.00
    4 Lain-Lain 449,600.00 449,600.00
    JUMLAH BESAR 3,460.00 5,500.00 138,145.00 274,700.00 449,600.00 871,405.00

    Sumber : Unit Mineral, Bahagian Pembangunan Dan Kemajuan Tanah, PTGS

     

Lampiran

Tiada Lampiran.