Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

96) SUMBER HASIL BUMI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan hasil tersebut

    Di Negeri Selangor terdapat dua (2) jenis sumber bumi iaitu bahan batuan dan bahan mineral.

  2. Berapakah keuntungan kepada Kerajaan Negeri? Huraikan dari sumber mana

    Keuntungan kepada Kerajaan Negeri hasil daripada perolehan aktiviti sumber hasil bumi (mineral) dari permohonan, bayaran-bayaran fi, sewa tanah tahunan, keluaran tenemen mineral (lesen / pajakan) dan royalti adalah seperti berikut ;

    Tahun Hasil Sumber Mineral Negeri
    2017

    (hingga Jun 2017)

    RM 217,000.27

    Sila rujuk Kembaran 1

    Hasil kutipan royalti daripada hasil bumi bahan batuan adalah seperti berikut :

    Tahun Hasil Kutipan Royalti Bahan Batuan

    (RM)

    2010 23,579,755.29 Juta
    2011 38,031,483.22 Juta
    2012 33,109,939.22 Juta
    2013 38,543,429.00 Juta
    2014 42,745,073.17 Juta
    2015 75,840,662.18 Juta
    2016 55,108,749.87 Juta
    2017 (Sehingga 30 Jun 2017) 32,430,143.19 Juta
  3. Bagaimana ia dilaksanakan jika tanah tersebut bukan tanah kerajaan?

    Bagi permohonan pengeluaran sumber hasil bumi (bahan mineral contoh Bijih Timah) yang melibatkan bukan dari tanah kerajaan (tanah hakmilik) kaedah keluaran Tenemen Mineral (Lesen / Pajakan) diberikan melalui keluaran Lesen Melombong Tuan Punya di bawah Seksyen 81, Enakmen Mineral (Selangor) 2000 boleh dikeluarkan kepada pemohon yang telah mendapat kelulusan pertimbangan Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

    Manakala bagi permohonan pengeluaran bahan batuan yang melibatkan bukan tanah kerajaan (tanah hakmilik) ianya diproses melalui Pejabat Tanah dan Daerah bagi mendapatkan kelulusan permit pengeluaran bahan batuan (Borang 4C) selaras dengan peruntukan Seksyen 70 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 serta pekeliling-pekeliling berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.