Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
42) SUMBER CUKAI NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jenis cukai-cukai yang dikutip di peringkat negeri, jabatan dan PBT
Sumber hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah seperti yang termaktub dalam Bahagian 3, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan. Sumber hasil yang dikutip di peringkat Negeri dan Jabatan terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil cukai yang dikutip adalah Cukai Tanah, Cukai Parit dan Taliair, Cukai Hasil Hutan dan Cukai Hiburan.
Manakala di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab untuk mengutip Hasil Cukai iaitu Cukai Taksiran sepertimana yang terkandung dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan ianya di kategorikan kepada Kediaman, Perniagaan, Perdagangan, Industri dan Pertanian.
-
Nyatakan peningkatan jumlah cukai dikutip dari tahun 2010 hingga 2016
Berikut merupakan peningkatan jumlah hasil cukai yang dikutip oleh Negeri dari tahun 2010 hingga 2016:
TAHUN 2010 (RM)
2011 (RM)
2012 (RM)
2013 (RM)
2014 (RM)
2015 (RM)
15 JULAI 2016 (RM)
CUKAI 517,744,564.31 534,323,456.32 553,097,140.22 548,956,137.39 545,764,102.17 607,162,875.22 494,316,863.61 PERATUS KENAIKAN (%) – 3.20 3.51 -0.75 -0.58 11.25 -18.59 Manakala, statistik hasil cukai dikutip di PBT Negeri Selangor dari tahun 2010 sehingga 2014 yang telah diaudit adalah seperti jadual. Untuk makluman, Penyata Kewangan bagi tahun 2015 masih dalam semakan Jabatan Audit Negara.
TAHUN 2010 (RM)
2011 (RM)
2012 (RM)
2013 (RM)
2014 (RM)
2015 (RM)
CUKAI 999,032,282.00 1,045,823,255.00 1,115,463,894.00 1,178,003,976.35 1,233,168,979.00 1,303,470,000.00 PERATUS KENAIKAN (%) – 4.68 6.66 5.61 4.68 5.70 -
Cukai manakah yang telah dinaikkan kadarnya sejak tahun 2010 hingga kini?
Cukai yang telah dinaikkan kadarnya semenjak tahun 2010 adalah seperti berikut :
- Cukai Hasil Hutan melalui kenaikan kadar Royalti Bahan Batuan Kuari daripada RM5.20/m3 kepada RM10.15/m3 yang berkuatkuasa 1 November 2014. Kenaikan kadar caj ini adalah selaras dengan keputusan MMKN Ke 45/2014 bertarikh 19 November 2014 dan Pekeliling Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Bil. 3/2014.
- Cukai Parit & Taliair melalui kenaikan kadar Caruman Parit daripada RM6,000.00 seekar kepada RM10,000.00 seekar bagi permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah dan mengubah syarat tanah bagi tujuan perumahan, perdagangan dan perindustrian. Caruman Parit bagi pembangunan di atas Tanah Rizab melayu pula dinaikkan daripada RM3,000.00 kepada RM5,000.00 seekar. Kenaikan kadar caj ini adalah selaras dengan keputusan MMKN Ke 21/2015 bertarikh 1 Julai 2015 dan Pekeliling Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor berkuatkuasa 1 Julai 2015.