Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

5) SUMBER BATUAN DAN KUARI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain daripada mengusahakan perlombongan pasir, apakah program kerajaan untuk meningkatkan hasil batuan dan kuari?

    Kerajaan negeri pada masa ini dalam usaha membentuk sebuah pasukan pemantau
    operasi melombong atau mencuci pasir dianggotai Pejabat Tanah Dan Galian Selangor
    (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ W.Persekutuan (JMG), Jabatan Alam
    Sekitar Selangor (JAS), Jabatan Perparitan dan Saliran Selangor (JPS), Lembaga Urus
    Air Selangor (LUAS) serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang berkenaan. Pasukan
    pemantau ini akan menjalankan pemeriksaan secara berkala dan berterusan untuk
    memeriksa terutamanya isi padu bahan batuan (pasir) yang telah dikeluarkan atau
    dilombong, serta kaedah kerja yang selamat dan sistematik. Ini bertujuan memastikan isi
    padu pasir yang diisytiharkan keluar daripada tapak adalah bersamaan dengan isi padu
    sebenar.
    Kerajaan negeri juga sedang mengkaji semula kadar royalti yang sepatutnya dikenakan
    kepada bahan batuan yang dikeluarkan oleh pengusaha kuari berdasarkan keadaan
    semasa dan perbandingan serta pertimbangan kepada untung bersih yang diperolehi
    oleh pengusaha serta kos sebenar operasi.
    Kerajaan Negeri juga sedang mengenal pasti lokasi-lokasi potensi kuari yang baru untuk
    dibuka dan sekiranya ada ia akan dibuka secara tender dan di bawah kawal selia negeri.
    Ini termasuk kuari-kuari yang telah habis tempoh pajakan operasi tetapi masih
    berpotensi untuk diusahakan.

  2. Apakah kedudukan sebenar syarikat-syarikat swasta yang mengusahakan kuari menurut Daerah/PBT (mana yang berkenaan) di seluruh Negeri Selangor?

    Rujuk Lampiran 1 untuk senarai kuari-kuari dan pengusaha-pengusaha kuari di negeri
    Selangor. Sehingga Mac 2010, hanya tinggal 28 kuari beroperasi di negeri Selangor (19
    buah kuari di bawah tanah kerajaan dan persendirian – kebenaran operasi di bawah
    Kaedah-kaedah Kuari di Selangor 2003 dan Akta Pembangunan Mineral 1994, 8 kuari di
    bawah Hutan Simpan – kebenaran operasi di bawah Lesen Kecil Perhutanan).

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menguruskan dengan lebih teratur kuari-kuari bahan batuan di seluruh Negeri Selangor?

    Pada masa ini operasi kuari dikawal selia di bawah Kaedah-Kaedah Kuari Selangor
    2003 dengan memperuntukkan aspek-aspek keselamatan kawasan kerja, operasi kuari
    serta perlindungan masyarakat dan alam sekeliling.
    Mesyuarat dan perbincangan dari semasa ke semasa juga diadakan antar JMG, PTG,
    Kerajaan Negeri dan juga Persatuan Kuari untuk membincangkan masalah yang wujud
    serta langkah penyelesaian terbaik kepada pengusaha, Kerajaan negeri dan masyarakat
    sekitar.
    Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan arahan untuk meningkatkan kawalan habuk
    dan bunyi bising dengan mensyaratkan semua kuari di negeri ini perlu menjalankan
    operasi loji penghancur secara tertutup dan memendekkan waktu operasi kuari dari jam
    8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja. Selangor adalah satu-satunya negeri di Malaysia
    yang menguatkuasakan arahan ini dan terbukti masalah habuk dan bunyi bising dapat
    dikurangkan.
    Bagi tujuan kawalan, kuari-kuari ini dibenarkan beroperasi berdasarkan Letter of
    Authority To Quarry yang dikeluarkan secara tahunan untuk kuari-kuari yang jauh
    daripada kawasan perumahan, dan secara 6 bulan sekali untuk kuari-kuari berdekatan
    kawasan perumahan dan kuari pembangunan (development quarryi), tertakluk kepada
    pembaharuan. Selain pemeriksaan rutin oleh jabatan-jabatan berkaitan, pengusaha
    kuari juga diwajibkan menghantar laporan pengkuarian dan peletupan setiap bulan
    seperti disyaratkan JMG serta Laporan Kualiti Alam Sekitar setiap tiga bulan kepada
    JAS dan JMG bagi tujuan pemantauan dan pemeriksaan.

    SENARI KUARI-KUARI DI NEGERI SELANGOR (SEHINGGA MAC 2010) ………………………
    DISTRICT LIST OF QUARRIES QUARRY PERMITE /LICENCE HOLDER QUARRY
    LOCATION OPERATOR
    20 Hanson Quarry Pro. Sdn. Bhd. (Semenyih) Semenyih Hanson Quarry Products Sdn. Bhd. Hanson Quarry Products SB (Semenyih)
    21 Semenyih Quarry Sdn. Bhd. Semenyih Semenyih Quarry Sdn. Bhd. Semenyih Quarry Sdn. Bhd.
    22 Kajang Rocks (M) Sdn. Bhd. Jalan Semenyih Kajang Rocks Quarry Sdn. Bhd. Kajang Rocks Quarry Sdn. Bhd.
    Hulu Langat 23 Sunway Quarry Ind. Sdn. Bhd. (Kajang) Sg.Jelok Kajang Granite Quarry Sdn. Bhd. Sunway Quarry Industries SB (Kajang).
    24 Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd. Jln Sg. Lalang Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd. Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd.
    25 K.S. Chin Mineral Sdn. Bhd. Jalan Semenyih K. S. Chin Minerals Sdn. Bhd. K. S. Chin Minerals Sdn. Bhd.
    26 Twinners Sdn. Bhd. Sg. Tekali Sunway Quarry Industries Sdn. Bhd.
    Kuala Langat 27 Tanming Quarry Sdn. Bhd. Tg. Dua Belas Tanming Quarry Sdn. Bhd. K. S. Chin Minerals Sdn. Bhd.
    28 Swasta Rasmi Sdn. Bhd. Tg. Balai Swasta Rasmi Enterprise Sdn. Bhd. Spring Energy Sdn. Bhd
    Kuari di dalam kawasan Hutan Simpan (Pemegang Permit perlu rujuk kepada Jabatan Perhutanan Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.